Thursday, June 30, 2011

Wordless Wednesday ~2~

Salam...

Ya bertemu kita kembali readers.... Hahaha *tetibe jek gelak...Ntahpape..* Okeh...arini ari Khamis tapi aku tetap jugak nak buat Wordless Wednesday yg oleh kerana semalam banyak sangat makhluk yg mengaggu aku smpai aku xleh nak menggebang hupdate bl0g neh... Eh ari ni Khamis eh? Arhh..buat2 jelah ari Rabu semula...Dulik...Wakaka...
Yarhh... Wordless Wednesday kali neh ialah :


HAiyat telah berjaya menangkap buaye tersebut lalu memasukkannye ke dalam kandang... 
Siap dengan gayenyee pahlawan Mer0ng...................
...........................................................................................................................
....................................................................................................
...........................................................................
..........................................................
...............................................
.......................................
...............................
.............................
..........................
........................
....................
.......................
......................
................
.............
.............
..........
........
.......
.....
.....
.....
.....
....
...
...
...
..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hahaha... Pecaye ke??

Wallahualam.. Tu dia yg cakap dengan muke seriuss sekali.. Haha... Bye.. 


Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk Mikraj

Salam...Hi Readers.. =)

Cerita Israk Mikraj ini di post ikhlas utk tatapan umat islam seluruhnya.. Catatan yg bermanfaat untuk adik-adik atau kita yg tak tahu cerita di sebalik Israk Mikraj ni.. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T... Amin..


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

-Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..



~ Sumber di peroleh dr.. =http://www.faizalr.com ..


Salam...=)

Monday, June 27, 2011

Maaf & Memaafkan...

Salam & Selamat Pagi REaders...


Dah breakfast? aku breakfast roti gula mak aku bake malam tadi.. Mak aku dtg umah aku semalam s0 die ajar aku skill buat r0ti gula paling sedaP dalam dunia... Nak? Dah habeh dah p0ng.. wakaka...

Arini Nak St0ry pasal 'Apologize' or senang cakap Bahase Melayunye ialah "Maaf"...

Ape yg nak ko citer maap2 sgt ni Nadia? Raye bel0m lagi nak mintak maap dah ke?
* Mintak maap or beri maaf xpayah tunggu raye 0keh!? Bile-bile pon bole buat...Mcm nak mati jugak xtau bile kan?

Citer pasal maaf ni, sape dalam dunia ni xpenah buat silap kan.. semua org penah buat silap..Aku pun mengaku selalu buat silap... Kita ni bukan MAksum macam Nabi.. Kita cuma manusia biase je.. Tapi kadang-kadang2 susah sangat kita ni nak mintak maaf ataupun kita ni susah sangat nak maafkan orang.. kan? Sebab? Banyakkkk sebab... Tapi the main thing sebenarnya yg timbul ialah.........


Ego-MAcam ade 1 macam eg0 yg menggunung dalam hati ni.. Tebal macam kulit Kambing... sebab tu kulit kambing b0leh buat 'K0mpang'..hehehe.. *dah start merepek.. Okeh x bukan cm2 guys..  Sebenarnye aku nak ckp hati k0rang tu bukanla tebal manepun....B0le jek buang eGo tu tapi cume nak dengan xnak jek..... Bila Ego sebenaernye xkemane pun...Lg org menyampah adelah... huhuhu..




Sakit HAti
Kadang org buat kita sampai sakit hatila sgt kita ni...Tapi bila kita xmaafkan lagilah kita ni sakit hati.. Bile sakit hati kite akan rase satu mcm sedih dalam diri.. Nak buat keje serba tak kena... Asik ingat benda tu jek ari2.......Sebab? sebab kita xpernah nak cuba memaafkan orang lain.. Bukan kata mintak maaf jek penting.. sebenarnya memaafkan orang lain adelah same penting dengan mintak maaf... Give n Take..

dont damaging yourself...

~Aku jek nak maafkan dia n jaga hati dia? Dia xpenah pun jaga hati aku? Lepas tu senang2 jek nak mintak maaf???
* Yes, dia memang xkan perfect utk jaga hati kau sebab tu die selalu buat silap dengan menyakitkan hati kau.. Tapi bila die mintak maaf , kau memang patut maafkan dia.. Sebab ape maafkan? Sebab kau sebenarnya akan jadik manusia yg lebih teruk dari dia sebab x jaga hati sendiri supaye lebih tenang... Am i Correct? If not its maybe just my opini0n... sebab maafkan dtg kerana keikhlasan dan ingat! keikhlasan kan boleh di pupuk.. =)

Kau dulula mintak maap, apesal aku pulak?-Kadang-kadang kita xbuat silap pun... Orang yg buat silap pade kita.. tapi pade aku it's doesnt matter siapa yg buat silap..... Bila keadaan semakin keruh lebih baik rendahkan eg0.. biarlah keadaan jernih kembali.. walaupun kita x buat silap, mintak jelah maaf... Walaupun hati ni rase macam nak meletup... Mcam rase nak bak0r jek manusia yg xreti nak mintak maap tu... Hahaha.. Relaks ...Biarkan kita rase kat dunia ni xadil sebab kita yg xsalah pulak kena mintak maaf tapi kita kena ingat Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil...
~ Nadia, It's look like you don't have a pride? =) Kita kene bijak bezakan maruah or eg0.. Xsalah pun kalau kita ni mintak maaf dulu.. Kadang2 org yg buat silap tu akan rase sangat Malu n selepas tu dia xmampu nak pandang muka kita lagi.... Kalau die still berperangai sama, better u leave or please find others to become ur friend... Bukanlah cakap nak putus sedare, tapi nak bagi elakkan dia dari buat d0sa sakitkan hati kita... =)

Maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami... maafkan kami... Ye.. tu lirik lagu P Ramlee .. hehhe...

Mintak maaf memang benda yg paling susah sebenarnya kita nak buat.. Ade manusia yg sanggup terjun Banji


gile la dasat...sanggup


atau hidup dengan Buaya dari mintak maaf.. Haha.. Gile Eg0 kau... Aku lagi sanggup mintak maaf 0keh?.... I'm Sorry... Nampak cam mudah gile nak cakap, sebenarnya sangat susah nak ungkapkan... Tapi dari kita pilih hidup untuk terus dibelenggu rase bersalah lebih baik kita mintak maaf kan??

Bila orang dah mintak maaf tu sudah2 la... NApe keras mcm batu perigi buta sangat? ~Hati manusia Nadia.. lain2 kita xtau... *  Yes memang kita xtau sbb itu org lain, but Now we talking about diri kita sekrang... Perkara yg dah berlalu xkan boleh ubah kecuali perbaiki diri.. manusia xkan boleh dapat undur mase beb! X AKAN! Kecuali Allah SWT yg izinkan... So lebih baik dengan rase rendah hati , kita maaf & memaafkan orang lain dr terus bersengketa sebab MAsa xkan dapat kita undurkan kembali...

Aku bukanla pandai sangat sebab aku memang xpandai p0n.. =P Aku xde PHD pun tapi aku masuk U eh... hahaha... *serabai 2 pun nak mention jgak..hahaha
Aku pun buat salah n aku dengan rasa rendah dirinya mintak maaf pade sapesape yg aku penah buat salah... Terpulangla nak maafkan aku ke x... (kan lebih baik maafkan aku?hehe... =) )... Aku lebih suka keadaan jernih dari berkeruh sbb pade aku xde sikit 'Kudis' pun kat hati ni kalau aku mintak maaf...

Alangkah bagusnye kalau semua manusia dalam dunia ni kita saling memaafkan.... =) Xdelah perang yek...=)
 &
MAafkan Aku jugak jika entri yg aku tulis selame ni buatkan ade yg rase marah or rase xbest.. Maafkan jugak aku jika selama ni aku ade buat silap dengan 'orang2' d luar sana.. =) Aku cume se0rang manusia biase xlari dari buat silap.. but u must remember that you're not perfect too... =) Everyone make a mistake...

ko x kesian ke tengok die? wawaw..

Sedangkan Nabi ampunkan umat, apetah lagi kita manusia biasa...
Peace No War...
Salam....











Wednesday, June 22, 2011

Cerita Hari MAk & AyaH & Kenangan Lalu... =)

Salam...

Yes...yeasss..yess....(Xpasal2 suke sgt pehal?) hahaha....aku dapat tulis Blog arini... Setelah sekian lame aku memendam rase nak tulis bl0g dah macam bende dalam kepale h0tak neh... Akhirnya dpt jugak aku buat entry... Hah..kau sume budak2 0pis  nyah kau dari meja aku.. Jgn kacau aku arini...

Yahh..dengan rase excitednye Topic arini bukan pasal Cinta Cent0n yang k0rang d0k suke sgt... T0pik arini ialah sempena Hari Mak & Hari Ayah yg baru je lepas ritu.. =) Ya.. arini aku nak st0ry-st0ry yg best pasal aku punye Mak & Ayah aku n cerita dulu2... Xde yg xbest melainkan yg best-Best belaka..... (kesian mak aku dpt anak x center cmni..owhh ;() hehehe.....

Tibe-tibe entri ni nak kene jadik baik n serius sikit eh... ************************....... jgn nak gelak2 sgt...

Alhamdulillah , aku lahir kat dunia ni aku still ade mak n ayah. NAsib aku baik jika nak di banding dgn org yang tak dapat kaseh syg mak n ayah... Sbb tu jgn melawan ckp mak & Ayah k0rang... Itu Syurga beb...
Aku malas nak bg syarahan... Dahh.. Hah?? baru lepas cakap "Arhhh" dengan mak or ayah? HAh..Cepat pegi mintak Ampun eh....Kang terlambat menyesal p0n x gune dah..


Ape2 p0n mesti nak st0ry pasal Mak dulu kan...HEHEHE =)


EMAK =)
ini Puan Jamilah Hussien.. =)

Cun x mak aku? Ye... time kaseh sbb ckp mak aku cun..heheheh... Dis is da best m0m dat i ever had in dis w0rld... MAk aku ni paling best, sp0rting,understanding, hardworking... Senang cite yg seangkatan dengannye la.. yg best2 belaka...

Mak aku ni garang tau...Tapi tu mase kecik2 dulula.. Aku ni dulu kaki GadOH (dah besar p0n same..wahaha) Aku ni dulu mase kecik2 suke bergad0h dgn abg aku yg 2nd tu...sbb kita0rg ni beza setahun jek.. S0 aku memang suke curik buku die, n h0bi adelah c0nteng-c0nteng..(maunye x hangin member tu..=P)... s0 aku selalu mengadu dgn mak aku kalau kene penyepak ngan abg aku dan aku telah di Ishtihar Sang Annoying 0leh abg-abg aku mase kecik2 dulu..hahahaha.. Sukehati akulah w0ii.......Mak aku selalu ckP kau 2 org ni kalau aku lagakan kepala bercantum baru tau...keje nak bergad0hhhh jekkk....hehe  
Tapi sebab mak Aku ni memang bukan mcm 0rg len.. Mak aku ni jarang membebel...n die x suke membebel....Tapi kalau die marah Kau Siapppp!!!haha... LAst2 kitaorg bila dah besar sket, dah xnak begad0h sgt... Sbb kesian kat Mak...hehehe...

Teringat plak bila Bangun sembahyang Subuh... Fuh... Mak aku memang p0wer dalam merekrut anak2... Mengaji, Solat... Mantap.. Kau Malas sembahyang? Kau nak teng0k peha lebam iri kanan tryla buat...Fuh..tak brani aku dulu.. Kene sekali menanges sebulan lebam x hilang...hehe.. Tapi tu semua memang utk kebaikan... Mak buat mcm tu ade bersebab, jgn bg kita leka n lalai... Kalau yg budak2 sekarang jgn pk mak tu nak mendera anak2.. Aku bile dah besar cmni taula nape mak dulu buat camtu.. Bila dah bes0r xkan Mak nak kej0t lagi k0t S0lat 0r Solat sbb takut Mak Korang cubit peha plak... Simple jek..K0 tak nak S0lat sok k0 jawabla sendiri dengan Malaikat kene balun dalam KUb0r....kan? Xdenye mak nak t0l0ng...

ign0re yg baju hitam tu x best..hehehe..


Ni si Munirah..mesti nak ade...hahah...

Actually ni picture mak aku baru-baru neh...Xsilap aku 5 June 2011 aritu.. MAk aku dpt Anugerah Hari Ibu Peringkat Daerah Mersing.. Cmane b0le dapat? Sbb dia nilai dr Peribadi n Kejayaan anak2 rasenye... Aku malas le nak cite gebang lebih2 pasal adik bradik aku sgt kang menunjuk2 plak tp Alhamdulillah setakat ni semua berjaya.. Aku doakan berjaya la di akhirat jugak kelak... (kang ade org len panas hati pulak dgn statement neh..wakakak)..

aku n mak aku

Ye..senang cite aku rase mak aku adelah mak paling best dalam duniala.. Aku punye pakwe dulu2 p0n mak aku tau... Sebab ape2 masalah aku lebih suke citer ngan mak aku dpd bercerite ngan kengkawan... smpai skrg pun kami still lg berk0ngsi cerita.. Skrg bile dah kawen baru aku tau nape mak aku buat semua bende yg kadang2 dulu aku rase not important.. Yes..k0rang semua akan melaluinya jugak... n pasti Manusia yg bergelar 'Mak, mummy,ibu,ummi,amma" ape2 jelah pasti nak yg terbaik utk anak2... So k0rang tu Jangan le kurang ajar atau mendurhakai mak n ayah...Mintak maaf sentiase walaupun bukan raye... Syurga bawah telapak kaki ibu..=) Kita nak mati bile-bile pon xtau... Sementare masih sempat ucaplah kate maaf ye..=')

AYAH =)


ini Ayah saye yg best...=)

Yes dis is my luvly father.... Ayah aku nampak garang kan? hehe.. Ye.. En Fuzi.. Memang garang p0n..ayah aku ni jenis x banyak ckap... Peh.. kecik2 dulu kal0 die balik keje jek deng0r die berdehem-dehem.....berdesup desap masuk bilik air cepat2 mandi...MAu kang kene s0und dgn bapak aku tu.Org balik keje kau baru seb0k nak meNyemak nak mandi jugak...Hahaha.. Tu memang perangai aku kecik2..hehehe....
Tapi Ayah aku "XPERNAH" pukul anak-anak... Bab sebat menyebat sebab degil serah kuase dengan mak aku..hehehe... Tapi kal0 bapak aku s0und sbb kau malas belajar ke 0r seb0k nak becinte sgt, k0mpem sebulan ko d0k teringat2 rase cm cuak gile sbb tgh dalam pemerhatian..wawawa... Bapak aku garang tau.. Die kuat Saik0 orang.....

Tapi skrg dah bes0r, xde dah garang... da mcm kwan2 but still lagi kene la jaga adab dengan ayah kan?
Aku paling respek kal0 teng0k die meniaga... Puhhhh.. Xb0leh lawanla.. die punye eksperien die p0wer skali saik0 orang jek K0mpem beli..... Kan aku dah ckp tadi..bapak aku kuat Saik0..tapi die best.....hehehe...

Ayah aku ni mase aku kecik2 aku xrapat sgt... sbb muke die buat aku kec0t... Xcaye try tanye abg2 aku... Kalo mintak duit belanje sek0lah, k0mpem mintak mak dulu... Sampai mak aku kadang-kadang naik hangin sbb asik kene mintak kan jek.. 
Ayat Mak aku " Ape yang ko takut sangat ngan bapak ko tu? Bapak ko selame ni beli beras makan nasik same2 ngan korang, xpenah pon makan korang" .. hahaha... statement mak aku mase darah die tgh menyirap sbb mintak duit belanje sekolah kat die... tapi tu semua kenangan dulu2..Kenangan yg best..=)  Sekarang aku nak pape aku kol jek terus ayah aku... La ni bapak aku pulak dah pandai suh aku simpan2 rahsie die.. hahaha... Contohnye die makan daging kambing pagi td tapi tolong jgn bgtau mak....(ayah aku ade darah tinggi) hehehe. sorryla Ayah..rahsia yg cmni memang akak xleh nak Simpan... ;P terpakse bgtau mak jugak..hehehehe.......

Teringat lagi mase si Fikry (abang aku no.2) pecahkan pasu bunge mak dengan si Munirah..Mase tu x silap aku sekolah rendah.. Aku mase tu tid0 s0 si Fikry xde p0rt nak menyakat die sakat la si Munirah.. Abg aku yg 1st ni memang ulat buku..(sbb tu bole jadik dokter..hehe)die memang x amek port sgt.... Yang Die 2 org ni bergadoh rebut pebende ntah aku tak tau..pastu baling-baling bantal kat Sofa... Hameeekkkk skali kene pasu Kristal mak....Pecahhh wo0o0o!! Wahahaha...(Gelak guling2..haha) Die 2 org kene tid0r kat car park porch malam tu... Mak aku memang marah gile.. Aku ngan abg aku yg 1st x dibenarkan bukak pintu langsung... Adik aku menanges memekak gile... .Last2 bapak aku balik keje dalam pukul 9mlm cmtu bukakan pintu suh tid0 kat dalam... Pastu si Fikry ngn Munirah berjanji n dah taubat Nasuha xnak bergad0h tahap ekstrem lagi... Tapi kadang2 buat2 lupe jugak...Janji palsu jek..hahahah...


Perfect! =)

Tulah antare kenangan yg best utk dikenang... Mak ayah buat sesuatu memang ade sebab utk didik kita.. 
So kita janganlah rase bende tu annoying atau nonsense selagi x langgar hukum agama...

Hargai Ayah Mak n FAmily kita selagi masih ade mereke di sisi kita...
Xpayah tunggu raye baru nak mintak maaf sebab kita xtau bila-bila mase kita atau dia akan berpisah..
Mak n ayah x kan tnjuk rasa sedih depan anak2 lgla bila kita da besar semakin bz n selalu lupakan dia...
Mak Ayah kita x tunggu Intan berlian or duit berjuta-juta pun dari kita Harapan dia yang peting kita ni ingat kat dia n selalu call or balik kg jenguk die n doakan hidup dia sejahtera...

Utk gembirakan hati mak ayah..Atleast belilah bunge kat aku ni ke utk mak korang...berbunge2 sket hati die tgk anak die sayannngg kat mak die.. (hahaha...sempat lg meniage...aku memang Saiko mcm bapak aku okeh)

Okeh.. Mane yg dah lame x talip0n mak ayah pegi talip0n sekarang..Harta dunia bz mcmane pon boleh carik bai, mak bapak xde ganti.. Aku? Xpayah cakap..sepoloh kali sekejap telep0n naik menyirap mak aku asik keje talip0n die jek..Hahaha... Yg mak ayah dah xde sedekah Al-Fatihah moga roh dia bahagia kat sana...

Kla.. entri dah abes... Tengs sbb bace n dah ade bunge2 insaf dalam hati..hehehe

Bye..Salam....






















Wordless Wednesday ~1~

Arghhh.... Aku nak jugak wordless wednesday.. Tgk belog orang len sume ade... DAh macam Tradisi pul0k yek..Aku pulak Baru nak setart... =).. Harap aku akan beriltizam (wakakaka) membuat Wordless Wednesday secara berterusan.. =')

Yes Mari kita LIHAT...
WORDLESS WEDNESDAY ~1~







Friday, June 17, 2011

Mak cik Mesyuarat Tingkap Datang buat prom0si sikit...

Salam...

Tengok tajuk ni mesti korang ingat aku nak jual kueh raye...(puase p0n bel0m..=P) xpun kain Sutera Siti Nurhalizah (tu zaman bile punye trend kain Nadia.. *Dush)  Eh.. X... aku bukan makcik jual kain..ataupun makcik jual g0reng pisang ataupun jual... aku ni cume seorang insan yg berwajah ganas mempunyai bakat lembut yg sgt terpendam di dalam hati yg bertaman ini... Wakakkaka... Straight to the point please Nadia?

Yela.. Okey.. Aku ckpla neh.. Aku jual bunga fresh flower siap gubahan... Alaa..meniage sikit2... utk duit k0cek kan.. Nak jugak jadik usahawan kecik Bumiputera..Mane tau hasil simpanan ni bole beli P0rshe
*xhengat berangan.. Aku ade buat utk gubahan hantaran sirih junjung ke, bunga tangan utk pengantin ke, utk tunang ke..utk nikah ke. Ape2 majlis pon b0lelah senang cite...

Bukan ape.. Bunga ni sebenarnye best kalau sape yg tau nilai estetika die.. Lg2la pemberian seseorg... Kalau ko bagi kat awek korang, peh mau 3 thn die x merajuk n syg lebeh kt korang (statement ni xde waranty eh..wahahaha)... Berbunga2 jek hati die tid0r , smbil d0k pelok bunge yg k0rang bg tu...Setahun x abeh lg dok cerita ngan kawan2 boyprend die bg bunge... Hahaha..* ckp mcm ayat salesman ajek eh... biasela makcik jual bunge ayt mest power.. Haha..

Meh Jom tgk gamb0r-gamb0r gubahan:-

Ni simple deco jek.. Mix colour
Harga : RM 45.00 sahaje..murah2... 

Basket Flower
RM 55.00 sahaje jugak

Red Roses Velvet
RM55.00 jugak 

 ni utk Bunga tangan Pengantin
RM 35.00 sahaje.. warna bunga b0leh pilih.. =)

 yg ni bukan fresh fl0wer yer.. This one is Fake
ini bape harge? Harge yg ni bole bincang...hehehe

 utk hiasan meja pengantin.. =)


 this one is very sweet.. Slalu org ambik time nikah or sanding..=)
RM75.00 only ada 30pcs roses.. kaler boleh pilih..;)

 This one biasanya org tempah utk gift. Penah dapat tempahan suh anta di Hospital Sultan Ismail
utk aweks die yg xbrape sehat....
Sweetkan? Maka terubatlah sikit sakit aweknye tu..hehehe


yang ni paling faveret... hehe... =)
Banyak tempahan amek cmni... Harga ikut saiz ..ada S or M or L ;)
Yg ni size M.. =)

Okeh.. Mesti ade yg tertanye2.mcmane nak tempah ek?

Cmni care die.. Korang b0leh surver2 dulu ade byk lg collection gubahan kat :-

Facebook Search = Nad's Flowers Bouquet.

or Boleh click link ni :-


Lepas dah pilih mane satu boleh sms aku nak yg mane satu :- 

019-7481004 (sms sahaje akan dilayan.. =).. Mintak maap ye kalau kol x hangkat...)
Pastu kite b0le diskas dengan lebih lanjut tentang theme, warna, size or type flowe yg korang nak..
Senang jek kan?

Penghantaran percuma kat area Johor = Pasir Gudang, Permas Jaya,Bandar Seri Alam, Masai, Taman Molek, dan kawasan sekitarnya... Bg alamat umah org yg korang nak bg tu, then aku akan hantar ke sana.. =)
Bagi yg kawasan2 yg agak jauh mcm Kota Tinggi n Mersing, aku ade charge sikit je.. xmahal.. Harge Bleh diskas..=)

Mintak maap sgt2 sbb fresh flower xboleh di post.. nanti layu..dah xcun nak bg kat awek korang...hehe..Fake Flower jek boleh post..=)

Okla.. Nak bunge? Roger2 aku k.. Thanks atas supp0rt k0rang...

Bye. Salam...





Monday, June 13, 2011

Berangan menDeco Rumah di ptg hari..

Assalamualaikum..

P0st kali ini ialah p0st Berangan...dah dtg dah angin berangan dia.. .. Minggu ni aku smangat gile nak medec0rate umah... Siap Belik Buku Dec0 bersame eric........ SEmangat gile babengGgg..
Oleh kepahaman encik suami yg tidak kisah aku *memandai-Mandai* menampal wall paper itu ini, jadiknya aku dengan begitu ser0nok berangan nak mendec0rate bebagai...

J0m teng0k aku berangan mendec0rate umah...ala..Simple2 sudah.. ...WEEeee....


Tempat Bermalas2an:-


Simple n Sgt Nyaman... wahh..... Bahagia gilee... =)

Aku suke ruang tamu yg simple n jenis santai2.. yg kire jenis happy livingla.. xla terlalu moden, or stylish or nk kene macam org kaye sgt... ... sbb aku bukan org kaye p0n kan.. So dpt cmni p0n dah Bersyukur sgt dah... XkesaH ape oRg nak kate... Rumah Aku , aku punye sukela...Wahahah....
Tapi aku rase kan kal0 kat Wall Purple tu tambah satu frame dah kire Cun la tu.. =)


Bilik Tid0q:

Ini tempat paling penting utk kaum Insan sejagat bai... . Ruangan membuta dan berdengkoq...
Ruangan Ini ptg gile ye kwn2 bg nak menjana graf carta keenakan tid0r k0rang  yg baik....


..............................
.....................
........
.....
..
hehe..

Ni dah kire okdah pade aku.. kompem duduk dalam bilik setahun... ...Warne macm kanak2 tapi best ni utk org mude2...Kaler pink yg xthn tu...hahaha.. Nyaman gile..
cume dinding bilik aku jek lain dah cat kaler pastel.. huu...

tapi kal0 dapat Transform bilik dengan Ghumah skali mcm ni.. Owh.. Akulah manusia yg paling bahagia dlm dunia neh... hahaha... biarla berangan...Berangan x kene bay0r eh......

Ruang MaKan...

wah kau Nadia.. Kalo sebut pasal makan siap Highlight kan yek.. Eh..sukehati akula.....*gile..

Bestkan.. simple jek... Arhh...xpyh tipu dtg korang umah aku kompem nak tambah 2 pinggan punye..wahaha..

DAPoR...

Aku memanggggggg suke masak n keneeee masak... *lain mcm jek bunyi kau Nadia..haha...
ye.. bestnye ari2 kene masak.. so aku memang cerewet n kaki mengemas... Dap0r aku xsuke sepah2.. lalu aku berangan lagi seorg diri... huuu....

hah..ok dah ni..xpayahla nak besaq2 sgt.. penat nak mengemas... Mcm ni punye bersih dapoq ari2 aku masak...  *Tipu*..


Dah tu jek yg aku mampu berngan lebeh sgt..... aku xdelah nak mengimpikan (ayat nak skema) yg hok kat dalam majalah sgt..Yg Berbling2 bebagai nak bersimpang si0r dengan perab0t mahal2...Imp0rt kep0t bagai... cukuplah sekadar simple n memadai dengan kemampuan kite dahle ye.... H0keh..
MAse berangan aku dah habes... Tettt.. Bye...