Wednesday, November 28, 2012

Pukul 4 pagi..

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa nak tulis blog pagi-pagi kedaung ni.

-_- sebenarnya nak menyatakan rasa penat yang tidak terhingga. Tapi bukan rungutan.
Rungutan dengan Luahan tu benda berbeza eh. Hew Hew Hew...
Sakit otak rasa fikir lebih-lebih sangat. Ape yg ko fikir macam betul sgt tu Nadia?

Oh Mannn.. Sampai hati kau katakan padaku, betapa lelahnya dirimu menghadapi aku..
Merepek. Tu lagu Shila Amzah.

Contoh kau tengok sekarang dah pukul 4 pagi. Kau faham tak pukul 4 pagi suamiku sedang berkroihhh-kroihh.. Aku masih diulit file-file ni. Kata nak jadik Millionareeeeeeeeee.... tiba-tiba bergema kat telinga. Oh Apakah.

I really need to achieve target. Tanggungjawab aku besar.
Haiyat Offshore & Construction kene pergi jauh cepat. Cepat-cepat-cepat..
Kenapa husband ko sedap jek tido ko yg lebih-lebih?
Dia takpe sebab esok dia kerja lagi teruk. Hew Hew Hew. LOL
dasat pompuan ni..

Aku nak print 5000pcs brochure company aku. Ye.. Moon's Homemade Chocolate & Bakery.
Sempat lagi aku mengendeng encik suami mintak dia baik-baik dengan boss kilang printing sebelah manetau dia nak bagi aku offer PERCUMA 3000pcs printing brochure. MIMPI INDAH kau Nadia..
Tapi aku tau itu hanya penyedap hatiku dikala tension ini. Apek tu takkan bagi aku kaya cepat.

Oklah dah boring. sambung keje balik. Nanti bebila sambung balik eh.
K bai..

Monday, November 5, 2012

Rencah Hidup ini.. Adunkan,Goreng & Telan!

Assalamualaikum.

Malam ni nak cerita yang touching sikit boleh?
Haha.. Masalahnya pernah ke kau tu touching Nadia? Muka Gangster macamni..
Heheh.. Pernah kawan-kawan.Pernah..

Sebenarnya dalam hidup aku, aku memang tak layan perkara yang kurang atau tidak produktif.
Contoh? Macam mengumpat atau kutuk belakang orang sebab?
MAK aku tak ajar. Tak pernah ajar
Mak aku cili mulut aku masa umur 4 tahun sebab aku cakap anak jiran sebelah tu bodoh sebab dia baling penyapu kat aku, Punca ? Aku tak nak bagi dia cekak rambut yang ayah aku beli.
Seriuosly sampai sekarang mcm kecik hati gila terpaksa mintak maap sebab bukan salah aku.
Mak dia muka memang annoying. Hahaha . Tetiba teringat!
Takdelah gurau aje. Tak simpan dalam hati pon. Dah maapkan dah.. Hahahaha. Seriuosla..

Tiap-tiap malam memang marathon siapkan order...Kedai & Rumah dah mcm kilang. Ni lagi dah akhir tahun. Masa cuti sekolah semua berlumba dah cop tarikh kawin.
Bila fikir kalau bisnes dah maju memang nak cari kedai besar. Dah macam cerita Raunah yang jual kuih tart nenas Cerekarama TV3 malam semalam. Last2 postpone pegi Haji sbb bz sangat dengan Order. Aku harap aku taklah Extreme carik duit tahap mcm tu. sebab ade dah niat nak pergi umrah ni. Insyallah moga-moga Allah beri aku kesempatan pergi masa aku muda & sihat ni. Kawan-kawan doakan ye mudah-mudahan dapat pergi dalam masa terdekat ni ke.. Amin!

Malam ni rasa terpanggil nak SHARE something. Lepas dengar Dr Azizan Osman punya talk. Aku tahu aku masih kerdil, banyak sangat yang perlu belajar dan belum pun jadi jutawan. Tapi Insyallah i wanna be a millionare to0. 5 Tahun paling lama masa tempoh untuk diri aku ke arah tu. Insyallah.



Dalam hidup aku, banyak benda aku belajar dari pengalaman.
Aku belajar dari kesusahan, kesedihan, makian, pujian, kepercayaan, penat lelah dan juga nasihat.
Aku belajar semua tu jadikan satu ADUNAN untuk hidup, di goreng dan ditelan.
Bukan mudah nak jadi seorang yang berjaya. Banyak air mata jugak yang dah meleleh.
Okay touching ni tapi masih senyum =)

Aku memang lain sikit dr adik beradik aku. Mak aku pun ckp.
Sebab mental aku memang ada tahap ketahanan tembok besi sikit.

Aku belajar hidup berdikari dari kecik. Habis sekolah tunggu result SPM aku kerja dulu . Sebab mak ayah aku bukan org senang yang aku "Mak nak duit!" "Nah hamek 100 hengget". Itu namanya mimpi indah aje..
Silap2 dapat penampor sulong..

My first earning salary is RM450. Dah potong-potong gaji cam hampeh lambat 2 menet masuk dari rehat pon dah kena potong 10 hengget.
Masih ingat masa tu kerja kat kedai kasut Lucky Star(yang muka Taukey dia mintak ampun nak senyum) kerja
 12 jam cuti satu hari seminggu (kdg-kdg tak cuti) lglah kalau Chinese New Year rasa macam nak nangis tapi sebenarnya dah nangis pun lepas tu ada hati pulak tu nak belikan Mak handbag Bonia. Seriuously aku masih ingat aku pegang duit RM422 (lepas gaji kena potong) aku cakap dengan mak "Jom esok pegi Pasaraya KINI" nak belikan mak handbag. Masuk dalam bilik pastu menangis.. Hehe. Sebab rasa sangat penat bekerja jadi kuli gaji satu hari suntuk RM16. Pengalaman penat tu yang mengajar aku belajar erti sabar.

Dapat masuk tawaran Universiti. Actually aku mohon Civil Engineering tapi pihak U ckp aku tak layak sbb pandai sgt.. hewhewhew...
Then aku mohon FSPU. Alhamdulillah belajarlah dengan jayanya kat UiTM.

Mulala jual mcm-mcm masa kat U Sbb mak ayah bukan org kaya nak kirim duit dengan iphone baru tiap2 bulan, contoh jual nota kat budak2 yang sangat rajin belajar. Hehe.
Gaji meningkat lepas Graduate starting cuma RM1000 gaji ciput sebab tak memilih kerja tu belum potong KWSP, SOCSO lagi tapi pengalaman yang dapat lebih berharga dari harga tu (siap dapat ilmu kebal tahan maki bertalu-talu).

Seriously Kak Zu (Kawan baikku itu) menjadi teman setia makian boss dengan aku tiap2 pagi.

Bila dapat gaji RM1000 oh dah rasa bersyukur gile sampai hilang rasa kecik hati walaupun baru lepas kena maki dengan boss. Hahaha. Mcm tak rase ape2 plak.

Pada aku Nak naik gaji tak payah bodek boss, belikan nasik lemak pagi-pagi ataupun tolong report sapa yang punchcard lambat. Buang masa jek kalau buat semua tu. Makin orang keliling benci.
Formula nak berjaya Bijak cari peluang, rajin dan tunjukkan prestasi bagus lepas tu tak payah nak setia sangat dah dapat offer bagus Blah ajelah. Yang kau nak setia sangat hari2 kena balun maki cukup 5 tahun masuk Hospital Permai.

My last earning salary makan gaji dah siap potong before running business (honestly said) is RM4400 (aku tau taklah banyak mana tapi sgt banyak dah bagi aku) hanya berbekalkan Diploma dan semangat serta tak kurang jugak berkat kutukan orang yang cakap Diploma hanya layak jadik Kerani bukan Eksekutip atau Manager. Masih ingat seorang makcik ku itu, sangat memandang serong. Sebab? Kau tolol ni dapat sambung Ijazah tapi pergi tolak. Eh, dia cakap bolehla. Yuran aku dia taknak plak bayarkan?

Ya aku sambung Ijazah pakai duit aku sendiri lepastu kau taknak puji aku melambung pulak ke?

Ok tu cite lama. 
Lepas tu aku berhenti sebab rasa bisnes lebih baik dan byk masa untuk diri.
Alhamdulillah kdgkala income boleh dapat 10kali ganda makan gaji.
Tapi dugaan bisnes tak kurang juga hebatnya.

Aku menangis, terkedu, suka, kecewa, tahu erti syukur, penat, sabar dan juga yakin dalam diri.
Email layang, makian dan juga sms yang entahape-hape tu adalah perkara biasa.
Aku dah maafkan korang. Don't worry.. =)
Bukan nak gebang cakap diri macam bagus sangat ke hape, cuma apa yang penting mindset. Biar lah lantak orang nak cakap hape dari jadik biawak hidup kat rumah habiskan beras lebih baik keje gaji kecik dan yang penting halal. Orang yang mengata orang banyak sangat ni kesian jugak. sebab dia ada msalah mental.

Baik pergi checkup cepat. Manetau ade wayar SHOT!
Pengalaman hidup kita takkan boleh beli dan Aku belajar dari pengalaman hidup.

Yes dan aku tahu masih sangatttt banyak yang perlu aku belajar.
Mudah-mudahan Allah dengar doa aku nak jadi Jutawan Muda, Kaya dan Berjaya.
Insyallah boleh.



Nak ketawakan aku? Silakan.
Aku tak rugi apa-apa.
Saja nak Share Ilmu dan PEngalaman.
Yang baik dtg dr Allah.Yang tak baik dtg dari aku.
Wallahualam.