Sunday, December 22, 2013

Si Kembar is On The Way!

Assalamualaikum..

Wah.. Tajuk entri nampak sangat mak dia yang excited.
Alhamdulillah dugaan demi dugaan.
Kadang rasa tak tertanggung dugaan yang datang.
Tapi Janji Allah tu pasti.
Setiap dugaan yang datang tu pasti ada hikmah. Tapi kenalah banyak-banyak sabar.

Alhamdulillah, masa tu 1 week after raya dapat tau pregnant. Masa check tu mcm biasela aku memang tak expect langsung pun. Bila positive aku senyap lagi, bukan excited tapi rasa cam cuak gile.

Bayangkan ari sebelum check tu aku angkat tong air yg 10kilo tu selamber bedek mak jemah je sensorang, Ngan beli beras 5kg 44 kampit tolak troli sendiri buat bagi rumah asnaf n anak yatim.
Dengan angkat ayah paut bwk dia g toilet masa bulan puasa,fuhh.. Risau betul dah angkat berat-berat ni takdepape ke.. 
Pastu En. Husbend pun tgk aku lepas solat Maghrib tu semacam jep senyap. Sekali tunjuk pergnant test kat dia. Dia ckp ape tu? Peh, memang sah laki aku ni baik budi orgnye pregnant test pon tatau. 
Bila ckp pregnant die pun terkezutt kejap muka dia mcm nak nangis gembira sgt (tak nangis pon) terus sujud syukur.

Aku ni ckp gak ngan Haiyat takyah caye sgt pregnant test tu kot2 ade ralat tegar ke. Hehehe. Muka taknak ade harapan. Kalo xde kang hancus berkecai.
Smpai 7btg aku test semua positive, Mak aku siap bising, dari ko test smpai 7 btg dah 70hengget baiklah ko pergi klinik terus. Apekah kesengalan aku? Haha. Aku biar dulu 1 weeks after baru jumpa Dr.Norehan.
Docter ni kawan lama Haiyat so cm senang sikit n selesa dengan dia.

Tapi yang lawaknya malam sebelum pergi buat scan tu konon2la letak2 nama. Tapi kalau dapat kembar letak nama yg mcm tu yg mcm ni. Sumpah. Malam sebelum scan tu mmg saje2 borak ngan en.husbend pasal twin. Tapi mcm berangan jekla. Dapat sorang pun dah kira ok dah. Alhamdulillah.

Guest what? esok pagi Klinik bukak aku dah terpacak kat depan pintu. Haha.
Dr. Norehan senyum jek masa dia dtg aku dh punch card jadik patient die dulu. Haha.
Haiyat die tunggu kat luar sbb aku tgk die nervous lebih dari aku. so aku ckp lek2 takyah masuk.

Masa Doc scan, Dr. Norehan gelak. Aku pelik jugak ke aku syok sendiri tak mengandung tapi pegi buat Ultrasound baby... -________-
Rupanya Dr tu yg excited. 
Tetiba dia ckp.
''Youre so lucky Nadia. You pregnant and you got twin!"
Dah 2 bulan dahh.. Alhamdulillah.. Finally after few years u n haiyat. I tumpang gembira.

Aku tercengang-cengang kat atas katil tu. sampai 7,8kali sug Dr scan lagi. Gembira memang la tak terkata. Tapi nasibler Dr tu kawan Haiyat boleh checking byk kali, kalau Dr lain, die dah cas aku lima blas ratos agaknye budak ni banyak nau cekadak. Hahaha. Orang lain mengandok jugak hoi.

 1st Ultrasound for twin. 
Hye my baby..
:)

Lepas keluar dari klinik Haiyat dh tunggu dlm kereta. Aku nangis, then ckp, Insyallah kalau diizinkan Allah kita bakal dpt twin baby. Haiyat gembira toksah ckpla.
Daripada masuk kereta smpai masuk rumah senyum meleret jek.

***************

1st Trimester.

Not easy. Doctor pesan n orang pun ckp. 
Double pain, Double Happiness.
Dia punya morning sickness, muntah tak tau nak keluar ape lagi dah.
Memang betul, tapi Alhamdulillah aku punya semangat kuat. Taknak makan nasik pon aku main sumbat ajek.
Tapi yang paling aku menyirap bila bau ikan. Tgk ikan pon sakit hati.
Mak siang ikan kat singki pun aku sanggup tahan diri dari lalu kat tepi singki semata-mata taknak tgk ikan.
Hahah.. Apelah dosa ikan tu..
Yg lain2 ok, setakat ni xdelah pelik-pelik permintaan bukan2.

*****************
2nd Trimester

Yeay! Alhamdullillah. Dah boleh makan nasik wehhhhhhhhh... Nasikkkkkkkkkk . Nikmat gile tuuuu bila makan nasik dh tak muntah. Tapi yg sedih smpai sekarang aku takleh nak makan jeruk yg asam tu. Tapi lagipun ramai yg ckp jeruk tak bagus untuk otak baby. So aku xdelah kempunan sangat.

Twin memang behave. tapi bila masuk 20weeks Dr cakap satu kepala kat atas , n satu kepala kat bawah.
Suspen jugak. Anak aku ni songsang ke. Selisih weh. Risau. Bila mintak nasihat pakar, diorang ckp tu normal.


Ni masa 20 weeks punya progress.

Dr ckp aku akan susah nak tido malam sbb baby akan pusing. Around 24 weeks kepala dedua mesti dah kat bawah.

Haaa.. memang betol. Bukan takleh tido jek, segala benda memang susah nak buat sbb budak kecik ni dah dpt kaki.
Bila yang sebelah kanan dia pusinng akan ganggu sebelah kiri. Serius senak susah nak tido, Allah jek yg tau. En, Husbend pun tegur aku cm dah tak tido sgt, satu hari kdg 3,4 jam. Sbb susah nak tido baby dah mula pusing dan gerak.

Then masuk 24 weeks bila scan dia dah jadik cmni.
Tadaaa..

Haa,. terer tak kita buat u turn Mummy.
Ha'ah terer sgt Mak ko ni je yg tau acane ko buat u turn. Takpelah nak janji selamat n sehat, sakit pun bahagia.
:)

24 weeks.

So skrg dah ke 28 weeks. Kira kalau susah sgt by week2 ni senang nak masuk 7 bulan la.

In progresss...
:D


Fuh kalau si kembar buat flying kick, seronok jek rasa, Kadang mak die ni terus automatik pergi toilet rase nak terkucil.
Ni masa dok tengah taip tulih blog pun dia main kuis2 kaki secara berjemaah, lepas tu stand kat perut. Kadang buat geli2. 
Apekah sebenrnya si kembar sedang lakukan. Tengah borak2 ke hape..
Kadang rasa dah tak tahan sbb senak kuit je lama2 kat tempat dia tendang mesti dia sorok kaki balik. Haha.

Kalau fikir pasal bersalin memang seramla.. sbb kebanyakn org n doctor sendiri pun ckp kandungan yang berisiko. Tapi semua Allah yang tentukan. Kita serahkan pada Allah..
Semoga si kembar membesar dengan sehat dan lahir dengan mudah dan sempurna. 
Insyallah. Doakan juga ye kwn2.

Ramai jugak yang tanya, makan ubat ape dapat anak kembar?
Semua bergantung pada rezeki Allah.  Yang ptg usaha.
Tapi kalau nak tips2 nantila aku text Next entri plak.
Hahah. Sebab aku dh ngantok. Si kecik dlm perot ni asik main kaki jek buat flying kick berjemaah.
Lagi aku tak tido lagi tula die sebok sama naik tak tido.

Okla. 
Nak tido. Jumpa next entri.
Hehe.

Meh tium tomel ni sikit. Hehe.


Bye semua. Salam.



Dugaan & Hikmah..

Assalamualaikum..

Fuh..fuh..fuhh.. kasik tiup sket blog ni dah bersawang-sawang.. Haha..
Entri last tulis masa February 2013 Pasal anak sedaraku Wazeer.
Wazeer pun skrg dah pandai berjalan.. Gila dah lama blog ni terbiar.
Kalau blog ni macam rumah, aku agak mesti dah ada labah2 besor berekor2 bersawang kat atas2 siling. Haha.

Banyak sangat kalau nak cerita kalau dari bulan Februari sampai dah Hye January 2014. Lama tuuu. 
Kita story yang penting-penting jela.. Hehe.. Kang takde plak yang beria nak bace tulis syok sendiri kau Nadia yekk.. 

Tahun 2013 ni memang tahun dugaan jatuh bangun. Yup Bisnes Alhamdulillah, Allah bagi mencurah-curah.
Siapa sangka tahun 2013 Allah bagi rezeki Anak jugak. Insyallah..Yela dah lebih dari 2 tahun menunggu. Kalau nak kata Acid Folic ataupun pil hormon cap Ayam itik semua dah telan. Kalau kata tohmahan ni tak payahler nak cite , naik berdesing macam kena baling dengan pinggan Arcopal jek rasa. Biasalah manusia. Kalau takda dikata, Dah ada pun mengata jugak. Hailah nasibb jadik orang pompuan ni ye.

July 2013 Pertengahan Ramadhan, sesuatu hikmah besar datang ya pasti ada ujian yang hebat datang.
Pertengahan Ramadhan time tu aku ingat lagi tgh menjahit langsir duduk atas sofa Suddenly Mak call cakap ayah kena stroke.
Haiyat plak baru nak keluar rumah time tu nak pergi kedai, Aku punya melompat dari sofa, dah tak tentu arah kemas bag terus berdezup balik Mersing..
Dalam kete Allah jela yang tau. Mak cakap ayah mcm dah nazak. Smpai Hospital Mersing terus masuk kat ICU, tgk ayah tengah baring menahan sakit. Then doctor terus suggest buat scan Neuro kat HSA memandangkan sana ada ramai pakar. 
Sampai sana pakar Neuro kata kat dalam Otak ayah ada sedikit cloud mcm burst pecah sikit tapi bleeding tak serius, cuma akan bawa kesan jangka masa panjang. Time tu aku memang termenung panjang tgk ayah terbujur, ayah ckp slow ayah masih boleh bertahan. Ujian apekah yang Allah sedang berikan ini?
Kalau nak story panjang berjela memang xlehlah nak ckp. 3 hari ayah terlantar, mcm2 cara n ubat bagi. Doctor ada nak tebuk utk tiub kencing n buang air besar ayah. Tapi biasala diorang ni nak main senang jek, malas nak melayan patient. Aku serius memang tak kasik, adik beradik lelaki, menantu ayah ada boleh angkat pergi toilet. Atlast mintak permission Doc utk bawak ayah keluar. Tak sanggup nak tengok ayah berwayar lama2.

Now, more than 5 month dah aku rasa. Alhamdulillah dari ayah terlantar makan pakai straw, buang air semua berangkat sampailah ayah dah boleh jalan memapah dan makan mcm orang normal. Cuma doctor kata utk ayah kembali berjalan mcm dulu n buat aktiviti biasa mmg makan masa. Mungkin berbulan dan mungkin juga bertahun-tahun. Ikutkan hati ni memang rasa tak kuat nak hadap semua ujian ni.  Alhamdulillah adik beradik semua bergilir jaga ayah. Walaupun masing2 bz tapi tetap boleh tinggal kerja masing-masing untuk ayah. dan Mak lah orang yang paling kuat dan tenang hadapi dugaan ni. dalam hati ni doa banyak2 semoga Mak jugak diberi kesihatan yg baik dan takmo susah hati..


Doc ckp progress ayah cepat. Sebab bukan semua org terlantar stroke boleh cepat berjalan dalam masa few month. Alhamdulillah berkat doa semua org n solat hajat, Allah berikan kemudahan pada kami. Semoga semangat ayah kuat dan Allah juga beri kami kekuatan. Insyallah.

THEN GUESS WHOs New IN THE HOUSE?

Nurul Fardhah Binti Mohd Fikry.

Hhehehe..
Anak sedaraku yang baru. 
Si kecik sepet come lote.

masa ni Fardhah kena kuning, so Mak Andak tolong bwk Fardhah g klinik.
Chewah dah ade gelaran Mak Andak. Ko hade.

Sekarang Fardhah dah 2bulan. 
Tadaaa.. Haha.. Nak tergelak pon hade.
Alhamdulillah..Makin debab..Mata sepett. Ini mata K Pop mari tau.
Korean Version ni xde jual kat mana2 kat Malaysia.hehe.
Tapi kalau dia melalak pening kepala satu rumah. Dia kalau nak bagi diam kendong camni. pastu die tetido haaa lama sikit die senyap. Tapi mak diela yang tersiksa sket. Skrg sebab die dh besor sket cm dah ok. 

Tengok anak-anak abg bila nak ade anak sendiri ya.
Alhamdulillah, setiap dugaan yang dtg pasti ada hikmah.
Pertengahan raya baru ni aku dapat tau yg aku pregnant.
Memang tak jangka langsung pun. Tu pun check sendiri sbb rasa badan macam tak best tetibe nak angin jek satu badan tak pepasal.
Hahaha.. 

Ok. Next entri nanti Nad story pasal si KEmbar pula ya.
Kang cite kat sini panjang2 sgt penat pulak nak scroll. Haha.
Okla tata. 
Salam.





Friday, February 1, 2013

Bye 2012 & Hye 2013!

Assalamualaikum..

Eh dah 2 bulan tak tulis post ek. hehe.  Baru nak bye 2012. Orang dah sebulan dah bye, ko baru nak bye..
Maklumlah kapasiti otak dah semakin menurun ke gigabait nye..
-_-

Al Maklumlah bz bebenau ye..
Actually saje nak tulis. tibe2 teringat nak tulis blog walaupun kekdahnye malas bebenau. =P

Nak tulis pasal 2 bende. Sedih & Happy.

Benda sedih end of 2012 kami kehilangan ayahanda mertua yang di kasihi. 
Allayarham Hj Md Hassim b Said. Orang yang baik & banyak curahkan ilmu agama pada masyarakat.
Semoga ditempatkan di jannah dan org beriman.
Kami terima dengan Redha. Setiap yan hidup pasti akan kembali.
Al Fatihah.
Pejam celik dah pun lebih 40 hari arwah pergi meninggalkan kami.

****

2013 coming! Abang & Kakak dah pulang dr US. YEay tahun ni kita boleh kumpul raya sama-sama eh..  :D
Alhamdulillah 11 Rabiulawal 1434H satu hari sebelum kita menyambut hari kelahiran junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W.. Kami terima orang baru dalam keluarga kami.. Tahniah utk abg &; kakak ku atas kurniaan Allah yang tak terhingga ni.. Ahmad Wazeer Bin Mohd Fadzli...

Wazeer yag comel bersama Crabnya. Yeay! 
Nanti Untie beli baju ade tulis
"Handsome like Uncle, Sweet like Unti ya" Hahah...

Semoga jadik anak yang soleh ya, moga taat dgn 2 ibu bapa.. Insyallah.
Nanti kita jumpa unti kiss wazeer banyak2..peluk kuat2.. sayanggg die.. hehehe..
Dan tahniah pada nenek wazeer, Emak yang skrg sangat bahagia menatap wajah cucu sulongnya.. 
serta menjaga menantunya yg dalam pantang..Maka dengan itu rejim kezaliman mengenai makanan serta Jamu telah bermulaa....hahaha... Kak Murni jangan marah..
.Pandai hang dok gelak orang na, belom time hang time tu hang jangan nak dok teriak makan McD dok menyedot straw ais blended..Hang pi tengok ja sana.. Hahha..ok bai.hahaha..

Nanti kalau wazeer dah besor main lari-lari Tok Mak jangan marah wazeer eh.
Ok wazeer Insyallah Untie usahakan kawan Wazeer keluar hujung tahun.. Hahah.. *Verangan!
Kalau betul pe salahnye ye. Kesian la Tok Mak pasu lawa2 lepas ni kene simpan. Tu pasu dr Bali tu. kalau pecah memang kenangan sepanjang zaman la..  Pastu Tok Ayah kene simpan Mercedes Tok Ayah dalam graj eh. Nanti wazeer dah besor dah pandai charted kete lawo Tok Ayah jadi Teksi pegi jalan2.. haha..
Aminnn.. Bagi makbol aku dpt sorang si kelompang buat kawan si wazeer hujung tahun..
Korang pun cakapla amin jugakk.. hehe.. pakse orang pulak..haha..
******
Dahler aku nak tido la..
Mengantok pule rasanya..
Minggu ni baru aku dapat luruskan kaki xde event sebab minggu depan aku nak kene menghadap 3 event serentak.. fuhhh..
Esok encik husband ajak balik Melaka.. 
Ada wedding anak cousin die..
"Anak Cousin die"
Sob..Sob..Sobb...
Ok aku tau betapa tuanya akau sekarang sebab sepupu laki aku punya anak pun dah nak kawen..
Ok. dah kang lambat tido lagi cepat tua.

Ok. Bai. TC. Salam.






Wednesday, November 28, 2012

Pukul 4 pagi..

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa nak tulis blog pagi-pagi kedaung ni.

-_- sebenarnya nak menyatakan rasa penat yang tidak terhingga. Tapi bukan rungutan.
Rungutan dengan Luahan tu benda berbeza eh. Hew Hew Hew...
Sakit otak rasa fikir lebih-lebih sangat. Ape yg ko fikir macam betul sgt tu Nadia?

Oh Mannn.. Sampai hati kau katakan padaku, betapa lelahnya dirimu menghadapi aku..
Merepek. Tu lagu Shila Amzah.

Contoh kau tengok sekarang dah pukul 4 pagi. Kau faham tak pukul 4 pagi suamiku sedang berkroihhh-kroihh.. Aku masih diulit file-file ni. Kata nak jadik Millionareeeeeeeeee.... tiba-tiba bergema kat telinga. Oh Apakah.

I really need to achieve target. Tanggungjawab aku besar.
Haiyat Offshore & Construction kene pergi jauh cepat. Cepat-cepat-cepat..
Kenapa husband ko sedap jek tido ko yg lebih-lebih?
Dia takpe sebab esok dia kerja lagi teruk. Hew Hew Hew. LOL
dasat pompuan ni..

Aku nak print 5000pcs brochure company aku. Ye.. Moon's Homemade Chocolate & Bakery.
Sempat lagi aku mengendeng encik suami mintak dia baik-baik dengan boss kilang printing sebelah manetau dia nak bagi aku offer PERCUMA 3000pcs printing brochure. MIMPI INDAH kau Nadia..
Tapi aku tau itu hanya penyedap hatiku dikala tension ini. Apek tu takkan bagi aku kaya cepat.

Oklah dah boring. sambung keje balik. Nanti bebila sambung balik eh.
K bai..

Monday, October 8, 2012

Life and Changes..

Assalamualaikum.


Buat ape? Tengok Tv? Bagusla kalau rase TV tu tengok korang baik tutup. Tu pesanan penaja TNB.. Sebab Karen sekarang dah mahalll...

Dah lame ek tak hupdate Blog ni. setiap kali datang sini jek nak kene bersihkan sawang-mawang (memandai). nampak sangat blog pakai buang. Datang suka hati nak update- datang pemalas nak update memang sebulan sekali ajekla..

Aku pong baru balik dari Putrajaya semalam. Ada Candy Buffet & Photobooth kat sana. Alhamdulillah costumer puas hati dengan kerja kami.. so hilanglah sedikit penat hamba ini.. =)


Candy Buffet untuk Nadia & Syah
kat Putrajaya semalam..

dan ade jugak Ribbon Photobooth yang comel ni.. hehehe


Photoboth semalam.. =)


OKlah.. saje jek nak hupdate entry arini. Sebab dah sekian lama sangat stress tahap cipanzi Afrika yang meluap-luap tak dapat di luahkan..

Aku saje nak stori sikit perubahan hidup yang agak meruntun jiwa kebelakangan ini.

Minggu lepas dah hantor budak 4 ekor balik kampung. Si Hitam, Uban, Gemok dengan Jebat.
Aku memang bela diorang dari budak hingusan lagi. Jenis mak bapak tak pedulik. Okey ni bukan orang tapi kucing aku.. Aku dah hantar diorang balik kg sebab jiran aku ni dah macam bagi Hint-hint plak. Rumah taman tak sesuai bela kucing la apela. Tragis betul ayat tu mengguris hati. Terkesima kejap.Ok Fine!

Dah tu takkan aku nak campak diorang dalam longkang tempat asal balik. Kejam sangat aku ni.. so aku tak ade pilihan mintak mak aku bela 4 ekor ni. Mak aku memang suke kucing. so sangatlah suke menerima berita sedih ini.. Uhuk-uhukkk..
Mak aku siap cakap jgn risau semua akan baik-baik belaka. Saje nak sedapkan hati aku.

Tu aku tryla tahan hati ni.. so lepas ni takdekla pagi-pagi yang melangok depan pintu mintak makan lagi.. yang dok main kejar-kejar petang hari time aku balik dari kedai. Oh sadisnya kenangan itu.. huhuhu... Stress lg akuu..
Lepas tu perkara kedua yang buat aku rase cam HAMPEH gila ialah aku nak kena pass MYvi yang aku sayang gile kat Munirah.
Sebab aku dah hamek kete baru. kesian pulak dia kat Shah Alam sane tak de kete. Tapi Myvi tu memang banyak sangat jasa die kat aku. susah senang jatuh bangun bisnes menangis pon dalam kete tu.. Kire masuk dalam kete tu macam ade SOul lah. Macam sangat.. =(




MPV so cam besar sikit senang nak bwk meniaga. Tapi paling bingit kalau nak parking sopping kat Jusco ke mane2 sopping complex. Nak kene carik parking jauh-jauh sebab panjang sangat. kadang naik hangin jugak. Jenis makhluk ni kalau tak pegi sopping complex seminggu sekali boleh kene sawan. hehehe..
Tapi aku tetap bersyukur ape yang Allah SWT bagi. Ni nikmat. Alhamdulillah..
Mane nak merasa muda-muda camni pakai kete ni. Aku ingat sampai ke TUA la aku pakai myvi tu.
Allah Maha Mengetahui. Dia sentiasa merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. =)
Yang penting Usaha!

Tetiba aku tersandar kat Sofa malam-malam buta ni.
Abang aku betul-betul pailang menyakat pergi WhatsApp gambar si gemok tengah muka sedih sebab rindu kat tuan die.



Gemok kat kampung..

Lepas tu aku pun melalak sorang-sorang kat Sofa depan TV...

Mengapakah hidup harus begini.. huuuuu.. ;(



Dah la tu tak payah nak layan sangat hati duka lara bagai nak tacing. Ni ha ade beribu lagi Goodies bag belum siap dah naik terlentang dah haku hah. Hahah.. nak tacing2 kang nak kene pang dengan costumer kang. Tak siap2 lagik hah..

Minggu ni KL punya branch jek ade Candy Buffet so JB area takde. Yeay!! Boleh aku berkuak lentang kat rumah.
Jangan nak sedap hati sangat, berlambak nak terkepak siapkan goodies ni dulu.

Okeylah. mesti korang menyesal baca entri aku ni. sebab takda inf0 menarik langsung. Hahah..

OkBai! ;D







Thursday, September 20, 2012

Kerja & Genting Highlands..

Assalamualaikum..

Nak toleh kiri kana kejap.
Weh!!! hidup lagilah blog nih.. haha.. walaupun kerja menimbun tak siap dengan design lagi, still mengada sempat nak menghupdate blog.

Ok awak. Kita update laju-laju supaya costumer tak marah. Apelah update blog, cekelat aku tak siap lagi!
Oke-oke. kita tengah buatlah tak nampak ke? Pendek umur ni. hehe. Gurau ajeks.

Start lepas puasa hidup macam marathon rentas desa. kalau masuk Olimpik kompem menang siap dapat Pengat bukan Pingat.
Peh. lepas wedding satu wedding. Tapi buat benda ni walaupun penat pun tak rase sbb aku rasa seronok.
Seronok Gile! Hahaha.. Tibe-tibe dia ni?

Saje nak update lepas buat wedding imnie,lily,nora,amir,sri wani dan lagi dan lagi aku terus gerak ke Pahang.
ni kira malam tadi baru sampai nak melepak kat umah.

Hantar barang ke Temerloh, Pahang. Costumer nak pakai urgent. Jadik xpe aku tak kesah kerana sedia membantu. Janji tetap Janji. Janji Di Tepati. Janji barang sampai. Tak sampai aku tak boleh tido malam okey.

Lepas hantar barang eh macam ade signboard pergi Genting Highlands pulak. Eh dah 5 tahun tak datang sini. Nak tengok jugak dah jadik ape kat atas sana. so Macam nak belok kat sini lah.







amboi posin nampakk.. keh3..

nak masuk bayar dulu. RM 100 untuk 2 orang kacingggg!!

yeah! are u ready?!

En Suami taknak naik dulu.. Sempat bisik
"Insurance u yang 15 juta tu dah tukar nama i kan?" Wahaha.. pandai laki aku buat lawakss kann..




kalau rantai tu putus mesti aku dah tak boleh buat Candy Buffet korang lagik.. ishk-ishk-ishk..

ok fine! di sebabkan aku pergi time bukan holiday xlah lama sgt Q masa nak naik..


alamak?!!!

Perempuan wayar shot ni nak naik flying coaster.



masa nak naik ni aku anggap, lepas ni mak aku mesti buat kenduri arwah 3 hari 3 malam.
Pehhh... Gayat nak meninggal naik ni. 
Lepas tu rasa macam Superman!!! (taklah best sangat jadik Superman yek) wakaka..

Yang pelik aku sampai sakit tekak menjerit. Laki aku senyap jek kat sebelah. Dah keras ke hape die kat dalam tu.. hahaha..

tapi bila dah turun nak naik lagi. tak hengat kau yekk.. 
Betul perempuan ni wayar Shot...haha


bila kat atas rasa kat syurga. nyaman. bila dia nak hempas ko ke bawah, 
rase macam banyak betul dosa kau yek..

Yeah!! Final Destination.. 




Sebab aku dah naik 3 kali so xdelah mabok sangat.
Tapi aku rase menatang roller coaster xlah Seram nak mati mcm naik Flying Coaster.


Go Kart!
Mula!


Yeay! Dah sampaiiii!!! okey encik. cukup time dah habis..


posing gedik kejap.. LOL

muka pening tak nak makan..

dah naik flying coaster lepastu kebulur..

yeay! Shopping!!

masalah perempuan dengan Carlo Rino.. -__-

main salji. First time.. haha.. patutlah jakon.

Bila dah petang kesejukan tahap maksima tak dapat dibendung.


Okeylah. Vacation Kerja aku dah habis.
Masa bersuka ria dah tamat.

Lepas ni nak sambung Marathon Kerja pulak.
Ok my dear costumer.
Marathon saya dah MULA untuk anda!!!



haha..

klah.
sambung entri lain lagi setahun.
Bai.
Salam. 
=)









Friday, August 3, 2012

Semua nak DIY...

Assalamualaikum.

Selamat pagi Jumaat. Salam Ramadhan ke 15.
Mudah-mudahan apa yang kita lakukan harini diberkati Allah.
Tadi Aku tidur pukul 2 pagi. bangun pukul 5pagi.. Sahur.
memang Menu aku tidor hari-hari camtu. 3jam sehari.

Tajuk amboih. Bukan main lagi.
DIY tu ape. Do It Yourself. Aku ni memang penyakit sikit. Semua nak buat sendiri. Haha.
Husband aku sampai kata, sejuta orang macam aku ni kilang tutup. Bahaye. Haha. Tapi aku takdelah sampai tahap Kasut dengan Handbag pun nak buat sendiri. Extreme sangat tu. Tak mampu. Haha..
Benda yang boleh DIY, buat ape nak beli.
Perempuan ni jimat cermat, Lelaki kena faham Konsep tu. (Ayat nak Yelah tu kan kau Nadia.haha)

Harini rancang nak pergi Jakel & Nagoya. Survey kain langsir dengan Munirah.(nak survey lagi, beli ajeklah!) Tu pun kalau SALE ade lagi. sebab memang selalu timing aku pergi Sale dah habis.Haih, macam biaselah aku ni. Orang dah gantung langsir aku baru sebok nak menjahit. Heheh.. Bziest Woman mane sempat. Ini kira dah azab sangat langsir rumah aku ni. Verangan nak langsir ala Vintage tahun ni. Berangan...

Langsir DIY. heheh..

Oleh kerana kecerewetan aku terhadap decoration rumah, langsir haku tak pernah beli ready made. Bz cmane sebok nak menjahit. Mesin jahit haku this week mesti sakit hati 5 hari straight ni aku tekan dia kaw-kaw. Haha..(macamla mesin jahit ade perasan. =P)

Encik Husband dah 2 hari demam. Berjangkit aku kot. Last week aku demam teruk. Pembawa wabak betul. Takpelah sakit penghapus dosa. Allah sayang kita lagi kan? CEpat sembuh ye sayang..=)

Raya tahun ni raya ke4 dah ada kat rumah. Nak siapkan hantaran costumer sampai ler hujung bulan lapan. Bulan 9 dah fully book Candy Buffet. Yeay bestnye! Bermula lah episode hidup bersama Gula-gula & Bunga. Saya suka! Tahun ni Open house takde. Nak datang rumah talipon jek. (macamlah pernah buat open house. =P)

Semalam dengan Munirah pergi beli tool gabus segala bagai.
Sebab nak buat projek DIY. haha. Dah nama 2 orang ni keje memang nak sep duit. Projek Frame buat sendiri nak gantung kat kedai. bila tengok2 semula dah siap eh lawaw pulak. Selamat duit haku beratus-ratus nak beli berpuloh frame.heheh.


lawow tak? =)


Next week nak kena pergi KL ada interview, Last stage dengan PUNB. Tengoklah ape nasib. Malas nak komen lebih. Manelah tau diorang nak bagi satu juta ke. Ke jeklah kau. Jangan mimpi. Doa banyakbanyak. Insyallah. Doakan ye kawan-kawan. =)

Oklah, nak mengemas rumah kejap. Harini mak,abg & kakak ipar aku nak datang. Rumah nak kena kemas sikit. Bukan ape selalu rumah ni kemas banyak. Heheh..
Ni tengah tunggu lori Kitar Semula. Rumah dah mcm tempat pelupusan sampah.wahah. banyak sangat barang nak kene kitar semula. so lepas ni Clean & Clear.

Oklah kawan . Selamat berpuasa.
Harini hari Jumaat. esok Sabtu. Jangan masam-masam. Senyum sikit sebab esok cuti.

Heheh.

Salam.