Sunday, December 22, 2013

Dugaan & Hikmah..

Assalamualaikum..

Fuh..fuh..fuhh.. kasik tiup sket blog ni dah bersawang-sawang.. Haha..
Entri last tulis masa February 2013 Pasal anak sedaraku Wazeer.
Wazeer pun skrg dah pandai berjalan.. Gila dah lama blog ni terbiar.
Kalau blog ni macam rumah, aku agak mesti dah ada labah2 besor berekor2 bersawang kat atas2 siling. Haha.

Banyak sangat kalau nak cerita kalau dari bulan Februari sampai dah Hye January 2014. Lama tuuu. 
Kita story yang penting-penting jela.. Hehe.. Kang takde plak yang beria nak bace tulis syok sendiri kau Nadia yekk.. 

Tahun 2013 ni memang tahun dugaan jatuh bangun. Yup Bisnes Alhamdulillah, Allah bagi mencurah-curah.
Siapa sangka tahun 2013 Allah bagi rezeki Anak jugak. Insyallah..Yela dah lebih dari 2 tahun menunggu. Kalau nak kata Acid Folic ataupun pil hormon cap Ayam itik semua dah telan. Kalau kata tohmahan ni tak payahler nak cite , naik berdesing macam kena baling dengan pinggan Arcopal jek rasa. Biasalah manusia. Kalau takda dikata, Dah ada pun mengata jugak. Hailah nasibb jadik orang pompuan ni ye.

July 2013 Pertengahan Ramadhan, sesuatu hikmah besar datang ya pasti ada ujian yang hebat datang.
Pertengahan Ramadhan time tu aku ingat lagi tgh menjahit langsir duduk atas sofa Suddenly Mak call cakap ayah kena stroke.
Haiyat plak baru nak keluar rumah time tu nak pergi kedai, Aku punya melompat dari sofa, dah tak tentu arah kemas bag terus berdezup balik Mersing..
Dalam kete Allah jela yang tau. Mak cakap ayah mcm dah nazak. Smpai Hospital Mersing terus masuk kat ICU, tgk ayah tengah baring menahan sakit. Then doctor terus suggest buat scan Neuro kat HSA memandangkan sana ada ramai pakar. 
Sampai sana pakar Neuro kata kat dalam Otak ayah ada sedikit cloud mcm burst pecah sikit tapi bleeding tak serius, cuma akan bawa kesan jangka masa panjang. Time tu aku memang termenung panjang tgk ayah terbujur, ayah ckp slow ayah masih boleh bertahan. Ujian apekah yang Allah sedang berikan ini?
Kalau nak story panjang berjela memang xlehlah nak ckp. 3 hari ayah terlantar, mcm2 cara n ubat bagi. Doctor ada nak tebuk utk tiub kencing n buang air besar ayah. Tapi biasala diorang ni nak main senang jek, malas nak melayan patient. Aku serius memang tak kasik, adik beradik lelaki, menantu ayah ada boleh angkat pergi toilet. Atlast mintak permission Doc utk bawak ayah keluar. Tak sanggup nak tengok ayah berwayar lama2.

Now, more than 5 month dah aku rasa. Alhamdulillah dari ayah terlantar makan pakai straw, buang air semua berangkat sampailah ayah dah boleh jalan memapah dan makan mcm orang normal. Cuma doctor kata utk ayah kembali berjalan mcm dulu n buat aktiviti biasa mmg makan masa. Mungkin berbulan dan mungkin juga bertahun-tahun. Ikutkan hati ni memang rasa tak kuat nak hadap semua ujian ni.  Alhamdulillah adik beradik semua bergilir jaga ayah. Walaupun masing2 bz tapi tetap boleh tinggal kerja masing-masing untuk ayah. dan Mak lah orang yang paling kuat dan tenang hadapi dugaan ni. dalam hati ni doa banyak2 semoga Mak jugak diberi kesihatan yg baik dan takmo susah hati..


Doc ckp progress ayah cepat. Sebab bukan semua org terlantar stroke boleh cepat berjalan dalam masa few month. Alhamdulillah berkat doa semua org n solat hajat, Allah berikan kemudahan pada kami. Semoga semangat ayah kuat dan Allah juga beri kami kekuatan. Insyallah.

THEN GUESS WHOs New IN THE HOUSE?

Nurul Fardhah Binti Mohd Fikry.

Hhehehe..
Anak sedaraku yang baru. 
Si kecik sepet come lote.

masa ni Fardhah kena kuning, so Mak Andak tolong bwk Fardhah g klinik.
Chewah dah ade gelaran Mak Andak. Ko hade.

Sekarang Fardhah dah 2bulan. 
Tadaaa.. Haha.. Nak tergelak pon hade.
Alhamdulillah..Makin debab..Mata sepett. Ini mata K Pop mari tau.
Korean Version ni xde jual kat mana2 kat Malaysia.hehe.
Tapi kalau dia melalak pening kepala satu rumah. Dia kalau nak bagi diam kendong camni. pastu die tetido haaa lama sikit die senyap. Tapi mak diela yang tersiksa sket. Skrg sebab die dh besor sket cm dah ok. 

Tengok anak-anak abg bila nak ade anak sendiri ya.
Alhamdulillah, setiap dugaan yang dtg pasti ada hikmah.
Pertengahan raya baru ni aku dapat tau yg aku pregnant.
Memang tak jangka langsung pun. Tu pun check sendiri sbb rasa badan macam tak best tetibe nak angin jek satu badan tak pepasal.
Hahaha.. 

Ok. Next entri nanti Nad story pasal si KEmbar pula ya.
Kang cite kat sini panjang2 sgt penat pulak nak scroll. Haha.
Okla tata. 
Salam.





No comments: