Saturday, July 28, 2012

Fear Factor - Ketakutan kah ?

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al- Mubarak? Puase kah anda?
Bagus.
Nak uji kejujuran diri kita samada kita betul-betul jujur atau tidak (hanya kita dan Allah je yang tau) masa bulan puasa lah. Kita puasa atau tak puasa Allah & kita je yang tahu.
Kata suamiku dalam tazkirah Maghribnya semalam. Peace.

Saja harini ade masa lebih.. (patut tulih dalam Diary catat rekod ada masa lebih selalu BZ benau kau tu.hehe).. tu yang tulis Blog. Kalau tak memang selalu tenung jek kat button New Post ni. Lepas tu buat-buat pandang lain...sebab? Ketakutan-takut tak dapat habihkan tulis post. Simpan dalam Deraf.Lepas 2 tahun baru sambung lagi tulih Belog. Yelah orang ada Beloglah katekan. Haha.. mcm ni orang pun ada ke??

Dah habih mukadimah. Tajuk harini nak cerita sebenarnya pasal FEAR FACTOR.

hahahah!! Ayam pun ada fear factorla.


Actually ni bukan rancangan Fear Factor yang dok telan Teloq Itik 5 Gelen atau makan Ulat Cengkerik bersama Salad ataupun ketakutan dengan Lipas tapi aku nak cerita pasal ketakutan dalam diri kita.

FEAR FACTOR ada banyak.. Tapi this time aku nak sebut pasal Ketakutan atau ada satu perasaan yang menghalang kita dari buat sesuatu atau komited dengan sesuatu. Bukan fear factor yang takut lipas tu.

Aku sebenarnya dah lama nak tulis.. tapi tak berkesempatan. So kali ni aku dengan hati gumbira nak tulis dengan sesukahatiku. haha... (tiba-tiba dia ni... =.=' )

Fear Factor aku sebenarnya mula daripada Zaman Sekolah lagi. Eh korang tau tak dulu aku jarang masuk Acara Sukan Sekolah. Sebab? Aku rasa kalau aku join sukan pelajaran aku terabai. tu sebenarnya adalah salah satu FEAR factor yang tak bagus untuk budak sekolah  (aku je kot..hahaha). Sebab.. eh tak taulah ek nak cakap cmane. macam kalau kita masuk Sukan tu terpaksa pergi latihan, pergi taklimat la sampai kena tinggal kelas, skip kelas(walaupun sangat suka) tapi sebenarnya perasaan tu tak bagus. Pada aku ia memupuk kita kearah seorang yang tak mahukan lebih komitmen.. Penakut dengan Risiko..Penakut dengan sesuatu benda yang tak patut ditakuti. Risiko result periksa fail. Padahal kalau dah belajar takkan fail kot??. Takde kene mengena pun dengan Sukan Sekolah kan? Dah tua baru tahu. Heheh..

Okay teruskan membaca. Membaca jambatan ILMU..

Bila dah dewasa, ketakutan atau FEAR tu terbawa-bawak. Nampak macam benda kecik- Taknak join Ko-Kurikulum (paling anti kalau kena kawad kat Padang Sekolah . Annoying betol)

Mungkin nampak macam takde ape effect. Takut nak join sukan sebab pelajaran terabai tapi sebenarnya Kita dah pupuk diri kita supaya TAKNAK ambil RISIKO.. Yes.. serius. Tak percaya? Cuba Fikir balik.
Bila dewasa, bila something happened pekara yang secara tiba-tiba datang kita tak tahu na handle macam mana.sebab Takut?

Contoh :
CEO suruh buat Volunteer Presentation untuk bentangkan kertas kerja. Dalam Group ada 5 orang. Selalunya dia akan tolak dia. Sebab?
Kita akan terbayang dulu usaha yang kita buat tu akan Gagal.(tapi sebenarnya buat kertas kerja pun belom).
Nanti cakap depan CEO tergagap (tapi sebenarnya belum bercakap pun). Kita takut apa yang kita cadangkan orang akan tolak (tapi sebenarnya belum cadangkan pun).
Kenapa perlu ada rasa macam tu. Tapi perasan tak dalam 5 orang within the group mesti ada seorang yang akan volunteer. Sebab? Dia dapat atasi FEAR didalam dirinya. Tapi malangnya orang akan berkata dia saja nak tunjuk Hebat. Tapi memang dia HEBAT, sebab dia dah buang FEAR FACTOR risiko untuk orang mengata tentang dia. Itu Perkara Biasa.Kurang Faham? senang je..cuba Baca semula ayat tadi... =)

Rasa takut untuk berbuat sesuatu itu dah menghalang kita untuk membuat keputusan lebih jauh. Lebih jauh dari apa yang kita mampu ada dan mampu buat.Seriously.

Macam Orang yang berada di dalam Comfort Zone jugak. Itu adalah untuk orang yang paling banyak Fear Factornya. Rasa takut tak salah sebab itu perkara normal. Ketakutan adalah hak milik setiap insan. 
Eh Iklan Tiba-tiba. heh..
Tapi Rasa TAKUT yang berlebihan itu yang tidak normal. Kadang- kadang that FEAR tu dicipta oleh Rangakaian OTAK kita sendiri.. Sebelum kita buat apa-apa kita dah imagine macam-macam. Contoh yang simple:- 


Mentol dekat rumah rosak, so nak kena ganti baru. Bila nak ganti tapi TAKUT kena karen(elektrik) padahal suis dah OFF. nak kata bukan suis aje, Main Box tu pon dia kasik OFF. Tapi still rasa takut.

Orang yang kerja Office dengan Orang buat Bisnes. Mentaliti mereka agak berbeza. Orang bisnes ni dia punya Fear factor agak jauh menjunam kebawah drafnya berbanding yang dah biasa makan gaji. Kadangkala kalau kita tanya dia apa risiko kalau dia buat bisnes tu? Sometime diorang akan jawab- Risiko memanglah ade.ALAH APE NAK TAKOTT?!! Kereta tak bayar 2bulan pun muka dia rilek boleh ketawa. Itu perkara biasa.. heheh..


EH manakau tau Nadia?? Sebab aku sendiri alami. I'm talking from my experiences. 
Bila bisnes kita keluar dari Kepompong Comfort Zone. Macam Ulat jadik Rama-rama. No one will taking care of you except ALLAH... 
Even KWSP atau Socso. Pandai sendiri lah nak daftar kan?
Pada aku kebanyakan rasa takut orang sekarang ni terlalu berlebihan, selalu imagine yang lebih -lebih sebelum buat. Fikir yang negatif-negatif dulu. Kita terlalu rasa terhantu dengan MOMOKAN orang lain yang  kita sendiri tak tau dari mana FAKTA yang dia dapat dan tiba-tiba kita rasa takut.
Itu Fear Factor diri sendiri jangan salahkan orang lain.

Dan akhir sekali Ketakutan dibawah ini yang paling PARAH..

Ada jugak Fear Factor nak buat baik TAKUT.
Nak buat baik pun takut?
Contoh:- (sekarang semua nak kena bagi contoh, rakyat Malaysia ni manja pemikiran. heheh..jgn marah)

Anda berdiri Kat tempat kaki lima yang sangat bersih lepas tu tiba-tiba ada sehelai tisu terbang tepi kaki. Mesti buat-buat tak nampak. Alamak malu nak kutip sampah ni. dah pakai lawaw-lawaw ni ape barang kutip tisu. Ape pulak ORANG KATA.


One thing,Kita tak boleh buat semua orang sukakan diri kita. You hate me? 
Just say Thank you to them.. and Let that Fear go  =)

Itu ketakutan sebenarnya. Perkara yang nampak kecil tapi menjadi barah. Ketakutakan dengan apa yang orang kata tentang diri Kita.

Kau orang ada FEAR FACTOR? Aku pun ada. Tapi baikkah untuk diri kita? Jangan takut dengan diri sendiri.

OKey.

Selamat Berbuka kawan-kawan. =)

No comments: