Thursday, July 12, 2012

10 perkara paling Hampeh..

 Assalamualaikum...

Saje nak update kejap sementara nak menunggu suami tercinta pulang main Futsal sambil menAnti untuk makan Sate bersama-sama.. Maka bertambah la Lemak di Badan bersama Kemalasan yang tiada taranya..Mak aih.. Ayat kamuihh dewan bahase pustaka habih.
Tengah boring2 siapkan order ngan buat preparation event minggu ni, terase plak nak hupdate Belog.. Yelah..Orang ade Blog la katekan..

Aku saje nak hupdate pasal 10 perkara paling Hampeh penah aku buat..
Alah.. asik SERIUSS je kali ni kita joke-joke la sikit ye x? Nak serius pegi tengok Nona la.. Wahah..(dtg hangin tak betul si Nadia)..
Bila ingat balik, berdekah pon ade...Rase nak lempang diri sendiri pun hade..
Walaupun sebenarnye bukan 10 kali tapi sebenarnya berjuta kali benda Hampeh itu pernaah terjadi, tapi aku aku tulis 10 dah la eh.... (alasan lebih KUKUH kerana malasss...) .. =,='


HAI! =D

1. Tengah bawak kereta dan berhenti tiba-tiba sebab nampak Cicak kat Seat sebelah driver. Walaupun kat tengah Highway, lepas tu bagi Double Signal. Ok jangan tiru aksi ini...

2. Buat-buat cakap dengan talipon sebab tak nak bercakap dengan orang yang tak disukai lalu depan kita. Lepas tu tibe-tibe Henpon berbunyi dan kemudian Kantoi... =P

3. Bawak kete keluar simpang tak tengok kiri-kanan sebab nak cepat lepas tu tiba-tiba kene HON dengan kete blakang. Sebab dah gelabah dan malu maka tiba-tiba bg lampu double Signal.. (salah guna lampu double signal lagi.. )

4. Jatuh depan cashier Pasaraya.. =,=' Lalala..

5. Aku memang selalu makan kat kedai sensorang. FOREVERALONE lah katekan. Tiba-tiba terjatuhkan gelas dan kemudian berteraburlah ais. Nasib baik ada kucing kat sebelah untuk di persalahkan hal itu.

6. Belok simpang kiri sedangkan dah bertahun-tahun tau nak balik rumah kena belok simpang kanan. Lepas tu habiskan minyak kereta untuk U turn 3 km lagi. Yeay!

7. Dah lambat &  rushing nak keluar rumah lepas tu Dah kunci pintu pagar 4 lapis, pintu grill 7 lapis baru teringat Kunci Kereta tertinggal kat dalam rumah. Perfect!!

8. On TV guna Hendpon . Pastu marah kenapa TV tak ON .. bagi peLempang jek bagus kat dia ni..mcm orang sengal.. hahaha..

9. Bawak LapTOP ke hulu ke hilir time outstation, Lepas tu nak guna Charger dengan Bateri tinggal kar rumah. Memang TIP TOP lah!Bersabarlah sayang walaupun rasa nak baling laptop tu tingkat 37..(tak boleh tinggi lagi?) hahaah.. B)

10. Pakai kasut sebelah lain-sebelah lain. nak pergi jumpa Costumer. OKey.. =D

Dahla tu. Tak payah nak gelakkan aku lebih2,.. walaupun ade lagi 15 juta keSengalan hal-hal lain yang tak dapat dirungkai tapi Otak ku ini tetap bergerak pantas dalam hal ehwal Duit.. hhaha.. (xnak kalah)..

Oklah.. Nak sambung buat labels Minnie Mouse Polkadot Pinky2 Tomey2.. haha..

Dah penat merepek. Bai. Salam..

=D.. hehe..




No comments: