Friday, June 20, 2014

Pengalaman Melahirkan Si Kembar Sumayyah!

Assalamualaikum.

Ayat pertama aku nak cakap ialah aku rasa nak nangis sebab dapat hupdate Blog ni. Aku ingat ni jelah harta lapok peninggalan aku yg tak dapat nak usik dan ditaip lagi.. :') at last dapat jugak aku hupdate blog ni dengan jayenye.

Alhamdulillah. Mak dapat jugak tarik napas bila si kembor Sumayyah dah tido.
Entry kali ni memang ramai yang tunggu. Sebab entri kalini nak citer story mori panjang lebar pasal perjalanan melahirkan kembar Nur Sumayyah Hannan & Nur Sumayyah Aqilah. Chewah. Mcmla ramai sgt yg bace blog kau yang bersawang mawang nih. haha.
Ok dah. 

Last sekali entri hupdate masa aku pregnant 6 bulan lebih. Lama dah tu. Tu tahap-tahap nak mengembang biak badan aku time tu. Masa tu berat badan last 86kg. Tu dah tahap berat tong gas tu.
Yelah Milo 3 in 1 lah katekan..Mestilah penuh dan padat. heheh..


Tengok. Acane tak 86 kilo. Mencekik air  Cekelat Jco. Makan nak Secret Resepi. Spageti. Chiken cop. Nak sedap ajekkan kau.
Aku selalu ckp dengan Haiyat.. 
"Syg mengandung tak cerewetkan bang. Takdela nak mintak bukan2. Nak suh abg masuk hutan carik makanan yang mengarut" Ayat nak sopan santun sambil tangan tengah menunjuk kat kaunter Stemboat Johnny. 
Haiyat senyum jek.
Slow jek die jawab "Memang takde mintak yang bukan2 Alhamdulillah. Tapi makanan tu order kadang harga yang bukan-bukan"
Ok. Aku . Krik krik krik. Hahahaha. Tengokkan jela bini abg ni.Yela mengandung makan nak yang sedap hajek kau.
Lagi bawak budak duorang dalam pert ni. Selere duorang ler.
Lepas ni setahun aku dok umah simpan duit. Hahaha. Tipu.

***
Sebenarnya masa dah nak due, aku ni dengar banyak sangat rumors. Spekulasi dan pandangan perspektif tentang kelahiran kembor ni. Kelahiran berisiko, kelahiran pra matang, nanti beranak cepat, beranak sakit sekejap pastu dah beranak, lepas sorang keluar sorang nanti cuma seminit jek akan kuar jugak. Korang bayangkan punyala aku kaudu hati ni nebes noo nak beranak.
 Malam-malam aku selalu google search--> Cara beranak kembar dengan senang.
Result dia----> T______________________T . Result not found. Hampa..Haha..
 Ok aku redha.Yang pastinye aku kena kuat. 
Korang tau x yg lawaknye Haiyat nak hilangkan nebes aku (sebenarnya nebes dia). Dia ckp Syg nanti kita carik rumah dekat-dekat dengan hospital. sewa sana kejap. Senang sikit. Abg takut tak sempat beranak kat spital nanti takut terberanak dalam kete. T___T
Hahaha. Ok. Aku sakit perut gelak. Sape yg nak beranak sebenarnya. Last2 aku ckp. Pasang siren je kat kete kite tu bang, kompem org bg laluan.. Haiyat pandang dengan penuh makna. Main-main bini aku ni. Heheh.Sebenarnya takde solution yg betul2.. Solution sebenarnya ialah doa dapat beranak dengan selamat.
***
PArt 2.
26 March 2014. Wah kemain beria-ria gosok tudung Fareeda bagai pasal pagi tu ade checkup kat Hospital Sultan Ismail. Aku memang sebulan sekali memang ade checkup kat sini. Checkup docter Pakar katenye.
Tapi selama aku checkup kat sana bukan nak kondemla, doctor kadang2 memang tak suke kite tanya soalan pelik-pelik. I'm not sure WHY. Kadang soalan tu takdelah pelik mana.
 Kerana dia taknak or taktau jawab atau die memang tak kuasa nak jawab.
Aku pernah tanya doctor Senior. Apa risiko yg ada untuk kelahiran kembar ni sebab sebelum tu ada kes kembar meninggal dalam perut sebab doctor tak monitor betul-betul,datang lambat & tak ambik keputusan cepat. Berubah kot air muka dia & nada menjawab tak seperti yang aku harapkan. Patut dia faham aku bukan beranak dah banyak kali, dahler beranak sulong kembar plak tu. Last-last aku sebagai rakyat Marhaen yang tak berapa nak kaya ni terpaksalah redha dengan jawapan doctor yang tak semenggah itu. Sob Sob Sob. :'(
Masih ku ingat wajah doctor itu.

Balik semula cerita pagi 26 March tu. Aku tak sempat nak sarapan sbb bangun lambat sikit. Masa pregnant dah 9bulan memang susah nak tido. Kdg tido 2,3 jam je. Tido malam pun susah, tido siang lagila. Takpe mak redha je tukan pahala jihad.

Tengah kira orang lalu lalang kat Klinik HSI JB. hihi

Masa aku pegi timbang nurse tu ckp. Eh beratnye awak. naik sampai 5kilo ni. Muka berkerut nak marah lettew.
Lepas tu die tengok buku Pink. Owh awak pregnant kembar eh.Lepas tu senyum tak jadik nak marah. Krik..krik..krik..
Sekali check darah 160/97. Ok kantoi disitu. Mak tak lepas terus nurse lari2 anak pergi bilik doctor sebelah sana.Aku tau kalau lepas check darah nak tunggu turn cek doctor mesti lama pastu cuba nasib ckp dengan nurse nak pergi makan kat kafeteria hospital kejap. Nurse cakap. Eh tak boleh awk dah sarat sangat ni. Darah naik mendadak nak kena jumpa doctor sekarang. Alamak, takdapat gua makan bubur kafe hospital yg sedap tu.
Sekali masuk jumpa Doctor perempuan. Dr Chin. Ok Nadia, saya nak Check jalan. 
Ha, dah bukak 4cm ni Nadia. Kita kena tahan awak masuk ward. Sebab mungkin arini awak bersalin.
Masam manis aku tgk muka Haiyat. Bukan sebab sedih tapi terkejut. Mak eh betul ke nak beranak. Baru 36weeks kot. Tapi memang ramai ckp kembar bersalin awal. 
Haiyat senyum jek. Eh eh hilang la nebes tu pasal tak payah pasang siren kat kete or takpayah pindah kat hotel berdekatan hospital kan.. Krik krik krik. Aku dah terbayang tiub kencing azab tu. Sakit katanya. Tu semua pengaruh daripada Group Whatsapp Hot Mummy. Haha. Bercampur lagi ngan mak-mak budak. Saiko diorang ni
Aku turun katil tempat doctor check tu. Pastu doctor kata awk jgn berjalan eh. Pastu datang wheelchair. Peh betol ke aku dah nak beranak ni. Haha.Tanya lagi dalam hati. Pasal aku takde rasa sakit nak beranak. Masa keluar bilik doc tu semua org tengok Senyom.
Ade yg bisik2 cakap. Ha tu kena sorong dah nak beranak lettew.
Tampar kang baru tau.Saiko eh.
Hahaha.

Sampai kat ward HDU. Pukul 11.45 pagi.. Pastu petang tu Doctor ramai-ramai datang kat katil aku tengok mak nak beranak kembor. Diorang kata nak pantau aku punya darah. Tinggi sampai 180. Kalau dah lebih 12 jam tak air ketuban tak pecah, diorang nak pecahkan. Aku pandang siling sambil dlm hati tanya Sakit ke?
Pastu ade sorang doctor perempuan ni dtg nak cucuk jarum kat tangan. Itu aku takleh lupe.
Sampai 5 kali dia cucuk takdapat carik urat aku. Aku punya darah dahler tinggi, cucuk 5kali makin berdabel naik darah nak naik hangin pon ye. Last2 dah tak tahan ada sorang doctor lelaki cina ni lalu kat bilik aku. Aku panggil. Doctor tolong doctor ni pasang jarum bole? Saya sakit betul kena cucuk dah 5 kali dia tak jumpa urat. Dahler anak dalam perut saya ni agresif dari tadi.
Doctor tu suruh doctor yg tadi ke tepi. Dia cucuk sekali jek. Setel masalah. Fuhh.. 
Alhamdulillah.
Pukul 5ptg Haiyat dtg melawat. Yang boleh masuk cuma Ibu ngan Suami je. Kesian mak. Mak mertua ngan akk ipar datang pun tak boleh masuk. Sampai hari ke 3 lepas bersalin baru boleh tengok. Bukan main susah nak masuk bilik HDU tu. Isi borang bagai. Dah prosedur ikut jelah.
Pastu doctor masuk lagi. Dia bawak macam tiub. 
Nadia, saya nak pasang tiub utk kencing. Urm..tau tak psg tiub tu sgt seksa. Aku menangis kot pasang tiub tu. Beranak kan si kembar ni pun aku tak menangis tau x.
Lepas tu ade sorang lagi nurse datang. Saya nak pasang ubat darah tinggi ni.
Lepas tu diorang pasang alat monitor jantung baby. Berselirat dah wayar atas perut aku. Aku pun ok jek.
Dalam hati taknakla banyak karenah, yang penting semua selamat.
Haiyat masuk balik bilik tu. Aku pegang tangan die menangis. Dia ingat aku dah nak beranak, tak pun sakit sebenarnya sebab tiub kencing keramat tu. Wuwuwuw.. ;(
*****
Malam tu tidolah aku keseorangan dalam bilik tu. Sebenarnya aku lebih rela duduk ward ramai-ramai. Tapi doctor ckp tak boleh campur pasal darah aku sgt tinggi then twin pregnancy jadik diorang nak pantau betul2. Suruh tenangkan fikiran katenye. Tapi Korang tau tak kenapa aku tak suka bilik tu?
Sebab sebelah dinding bilik tu labour room. Mental. Aku dengar malam tu nak dekat 8,9 orang menjerit-jerit sakit tengah teran nak beranak. Peh.. ini saiko mental fizikal. Dalam otak asik fikir bile la aku nak beranak weh.. Sampai ke pagi dr perasaan seram smpai aku dah takde perasaan dengar orang menjerit sakit nak beranak.
****
27 March 2014
Pagi tu doctor dtg dengan senyuman. Ada sorang doctor pakar datang dengan 5 org doctor lain. Dlm kul 8pg. Die tengok aku tgh mkn roti.
Nadia, ade rasa sakit nak bersalin atau rasa macam nak berak ke?
Takde doctor. Ok je. Takde pulak rasa sakit sangat. Makan pon makin selera. Yelah ko bab makan tgh beranak pon bole.Haha
Nadia, mungkin awk akn rasa double contraction dpd org lain yg bersalin sorang. Kejap lagi pukul 11 kita nak check jalan lagi. Kita akan bagi Epidural sekali. What? Epidural? Tapi aku tak rasa sakit. Urm.. Yelah Aku follow je ckp Doctor sebab diorang Pakar. Mungkin dioramg lebih pengalaman. 
Pukul 11 pagi, bukaan baru 6cm. Doc tgk jam dia ckp datang pukul 1 lebih nanti check lagi.Ape kelambat benor nk beranak ni. 

Pukul 12.30 tghari sister yang baju biru cair tu masuk. Die tengok papan board report. Eh awak dari semalam tak bersalin lagi. Darah tinggi plak tu. Kenapa doctor tak buat fast action ni. Awak operate jela. Dah lebih 24jam ni. Berani betul ambik risiko. 
Aku? Aku diam je. sebab doctor konfiden sangat yang aku boleh bersalin normal. Diorang cakap ada kepakaran & dah biasa pusingkan baby. Dah hujung-hujung nak bersalin ni taknak fikir yang negatif.. Fikir apapun aku tetap boleh laluinya. Insyallah. 

Pukul 1.40 ptg  Doctor dtg cek jalan lagi. Sebenarnya aku cuba jadik sekuat mungkin. Ingat best ke cek jalan tu. Senak Ya Allah Ya Tuhan ku je yang tau. Pukul 1.40ptg bukaan 7cm. Yang keluar cuma tanda darah jek. Aku pun risau gak dah nak bersalin ke aku ni. Nape takde mcm nak beranak? 
 Doctor tanya, eh awk ni takde rasa contraction nak bersalin ke? Baby awak dah turun ke bawah ni. 
Takde doctor. Rasa macam biasa jek. Tapi tiub kencing ni memang sumpah sakit doctor. (Tiub kencing tu yang di sebokkannya)..
Doctor gelak je pastu cakap. Bagusla awk ni kalau orang lain dah terjerit-jerit sakit nak beranak. Awak ni dahler kembar. Risau pulak saya. Urmm..
Doctor pandang aku berkerut muka. Aku pandang doctor sambil mulut mengunyah roti. (Dalam hati minah ni asik makan je. Haha)..Pastu Haiyat masuk, doctor cakap dengan Haiyat, Encik dah boleh kemas barang wife & baby ya. Kejap lagi kita nak tolak pegi labour room.
Aku telan air liur. Haiyat dengan pantas kemas barang aku. Aku tengok dia dah pegang beg baby. Wah excited betul! 

Pukul 3ptg, Doctor dtg dengan sarung tangan putih die. Nak cek jalan lettew. Wawawa.. 
Aku redha. Aku rasa air selusuh ngan air zam-zam dah satu kolah minum. Kurma tak payah cakaplah. Satu plastik karung tu makan. 
Pukul 3.15 doctor check. Nadia, bukaan dah 8cm. 
Seriuosly? Lambat betul. 
Awak tak rasa sakit ke? Honestly tak doctor. Doctor bagi saya epidural. Bertambahlah takde rasa apa2.
Ok. Kita bagi "ubat" sikit bagi cepatkan contraction. Nanti awk akan rasa sakit.
Actually yang ni sebenarnya induce. Diorang tak sebut perkataan Induce. Aku agak upset sebab bila aku tanya ulang kali diorang cuma cakap, ubat ni gesa-gesa nak sakit bersalin tu datang.
Tapi bila sister masuk dalam pukul 6ptg "ubat' tu dah habis. Sister tu datang bawak ubat sambungan. Sebab aku still tak rasa sakit. Aku tak puas hati tanya sister tu lagi. Ni sebenarnya ubat apa sister.
Eh diorang tak cakap ke ni Induce la.
Dah masuk tiub ke dua dah ni diorang suh pasang. Awak tak rase sakit ke? aku jawab pendek "Tak" sebab bengang jugak. Cakap terus terang kan senang.

Haiyat memang setia kat sebelah aku. Dari pukul 1ptg dia temankan sampai sekarang tak bersalin. Aku pulak yang cakap ngan dia. Sabar sikit eh bang. Jap lagi sayang bersalin la. Hahaha. Sebab aku tengok muka dia letih dari semalam kot tak tido.. Risau. Bini ko relax jek membadak kat dalam bilik aircond. 
Bang, ampunkan sayang. T_T
Pukul 8.55 malam doctor datang cek jln lagi. Dengan sarung tangan putih yang dah tak menakutkan aku tu. Bukak lampu spotlight. Bukaan dah 9cm. Doctor kata kepala baby dah nampak. Ramai- ramai aku tengok doctor berlari-lari masuk dalam bilik tu. Eh macam ade pertunjukan pulak. Huhu.
Doctor pakar ada 3orang. Doctor biasa dalam 2,3 org yang lain dalam 2 orang lagi doctor practical.
Mesti korang tertanya aku rasa sakit mcmana. 
Aku rasa sakit mcm memulas nak buang air besor jek. pastu pukul 9.20mlm check jalan lagi dah 10cm. 
Fully dilate. 
Yang ni baru betul rasa nak beranak. Diorang ckp PUSH-PUSH-PUSH.
Aku pun teranla. Ala-ala masa pegi Antenatel Class dulu. Ini betul-betul bukan cobaan. LOL
Aku push nak dekat 3 kali, rasa kepala Nur Sumayyah Hannan keluar masuk. Ada sorang doctor tu jerit salah tu push mcm nak berak. Tu bukan push nak beranak tu sebab aku teran kat muka. 
T___________T Aku sempat cakap. Saya tak pernah beranak doctor. -_-
Haiyat usap kepala aku. Doctor tak bagi pegang tangan sebab ni bukan taman bunga. lol..
Die suruh pegang besi katil tu. 
Pukul 9.28 mlm last push aku rasa aku push nak dekat 6,7kali, atlast Alhamdulillah doctor tarik Hannan keluar. Dengar dia menangis, terus sister ambik then bawak pegi mana aku tak sure. Time tu aku tak rasa diorang epi aku (gunting bawahler) sbb dah tak rase ape2.
Hannan lahir pukul 9.28mlm berat 2.2kg.

Perjuangan untuk melahirkan Nur Sumayyah Aqilah. Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan & nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup.
Yang pastinya ubat darah tinggi, epidural,induce tu semua mmg effect aku penat dan buat aku rasa sangat letih mengantuk. Haiyat genggam tangan aku dia cakap Teruskan sayang jangan berhenti. Anak kita ada lagi sorang kat dalam tu. Aku perasan ada sorang doctor perempuan Cina pegang perut aku ,sorang lagi doctor tengah scan, sorang lagi doc perempuan tengah seluk-seluk kat bawah. Doctor lelaki yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi Doc tu ckp dengan doc yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar. Doc lelaki yang tgh scan tu aku ingat lagi nama dia Badrul Zaman . Kalau tak silap la. Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat. 
Dia tanya dengan nada cemas "Pukul berapa?" 
Doc lagi sorang jawap . "Its 10.05 pm". 
Dia jawab dengan nada tegas " We need to do it FAST!"
Dia tengok doc perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil cakap-cakap dengan doc sebelah dia. Aku tak sure ape diorang cakap tapi Docter Badrul tu suruh doc tu ketepi. Tiba-tiba doc Cina yang pegang perut aku tu terlepas sbb Aqilah pusing dengan kuat. 
Doc Badrul ckp dengan nada cemas. "Oh Man..." Ur baby dah pusing lagi..
Doc Badrul pandang  muka aku. "Nadia, kita kena operate u. Baby u hand presentation. Kita tak boleh keluarkan normal sbb maybe akan patah or cacat"..
Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada. Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab " Buatlah ape pun doc. Janji keluarkan anak saya dengan selamat". Time tu aku dah tak fikir ape dah even nyawa aku sendiri.
Doc Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Haiyat suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ade sorang doctor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doctor Badrul. "Cepat Doc, dah 78" Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow.
Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doctor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. Last sebelum masuk pintu Haiyat cium dahi aku sebelum dia kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.

*****
Masuk operation theater. Diorang sempat salinkan baju aku. Doc Badrul cakap. Nadia, kita nak bius u. Mengucap ya. Pastu 
Aku pun mengucap. Terus tak sedar. Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada sorang doc perempuan ni cakap.
"Nadia, anak awak 2nd twin dah selamat, cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sbb dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia"
Aqilah lahir pukul 10.48mlm. Khamis malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.4kg
Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah.
Walaupun aku tak tau the actual condition Aqilah & Hannan macamana. Allah bagi aku dugaan bersalin yang sangat hebat. Walaupun doc lambat buat keputusan dan aku tak diterangkan betul-betul prosedur Induce & Epidural tapi aku muhasabah diri aku balik. Ini adalah ujian dan nikmat yang terindah mungkin yang Allah beri pada aku. Jadi aku tak perlu nak tunding jari pada sesiapa. Setiap perkara yang jadik Allah dah aturkan. Allah takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya.
***
Satu hari dalam bilik HDU lagi. 28 March 2014. Aku sorang diri. Hannan dalam ward 4b sorang diri. Aqilah dalam NICU sorang diri. Aku memang tak dapat nak tengok langsung sebab aku langsung tak boleh bangun. Bukan nangis sebab sakit bersalin (perut memang sakit jangan nak tipula) tapi lagi sedih hati ni sebab anak-anak kat tempat lain-lain.
Takpelah yang penting semua selamat.
Pukul 5ptg tu Haiyat datang bawak Milo dengan roti. Dco tak bagi makan lagi. Pukul 8mlm nanti baru leh makan. Seksenye tak dapat makan  nasik . dah lebih 24 jam. wwuwuwuw... 
 Aku memang takleh nak bergerak langsung. Baju semua nurse tukarkan.
***
29 March 2014 diorang tolak pegi ward 4B. Perkara pertama yang aku nak ialah diorang bukak tiub kencing bodoh tu. Hahaha. Benci betol Mak kat menatang tu. Masa aku beranak tu pon diorang tak cabut menatang tu. Aku siap cakap tanya doctor merayu suh cabut tapi diorang kat takyahler nanti senang awak nak buang air. T_________T taktik tak jadik hampa.
Time tu 1st time dapat tatap wajah Hannan. Alhamdulillah. Perasaan tu mmg tak dapat di ungkap. selepas 2 hari baru dpt tatap wajah Hannan.
Dah lepas 2 hari aku still susah nak bangun. Operate dengan Episotomy. Dedua rasa. Rasa dia apa? Rasa dia best. Jangan tanya.
Tapi apa yang aku agak sedih sebagai Rakyat Marhaen nurse ni ade yg layan tak berapa nak ok. Bukan semua la. Ada nurse yang sangat baik jugak. Aku pun bukanla mintak layan mcm tuan puteri.. Tapi adelah sorang ni muka cengih je. Dah lepas sehari duduk ward aku mintak tolong dia slowkan kipas pasal laju sangat sejuk Hannan. Pastu dia sound suruh jalan slowkan sendiri. Orang lain pon beranak jugak. Kata nurse itu.
Aku dengan muka cengih gak jawab. Nurse saya ni kena bersalin atas bawah. Dahler atas bawah berjahit. Bukanlah tak boleh jalan terus tapi tiub kencing ni sgt menyusahkan.
Tolongla konsider sikit. Bukan nak mengada-ngada.
Dia pun jawab. Sorry saya tak tau awak bersalin macam tu. 
So? kalau aku tak bersalin cmtu ko layan aku cam hampeh la.
Ok dah tak mau cerita lagi. Sebab nanti jadik isu pule.
***
30 March 2014. Aku mintak tlng akk nurse yang cantik lagi baik . Orang paggil dia kak Midah. Aku mintak tlong jagakan Hannan kejap sebab Haiyat nak tolak  wheelchair aku pergi NICU tengok Aqilah.
Haiyat dah pergi tengok sebelum tu dia cakap Aqilah punya wayar dah bukak tapi masih hisap susu pakai tiub. Tapi doctor cakap dia sihat. Takde sebarang komplikasi. 
Aku pun xde gambar die pasal dalam tu xboleh nak ambik gambar takut ganggu mesin. Katenye.
Masa 1st time tengok Aqilah tepi baby cot tu aku menangis berjurai air mata tgk ada wayar-wayar kat badan dia. Oh Apekah ujian yang datang ni? :'(
Mase tu aku tengok Aqilah memang serupa terus dengan Hannan. Cuma saiz Aqilah besar sket jek.
Doctor datang dekat dengan baby cot dia ckp anak awak ok. Nanti awak try breastfeed dia. If dia pandai suck nipples & takda kuning dia boleh balik. 
Esok aku dtg NICU lagi. Aku tanya sister kat situ Aqilah menangis tak sbb aku risau jek anak aku tak menangis sebab dia lahir tak nangis.
Sister jawab" Anak awk tu esok dah boleh balik. Dia menangis paling kuat. Pantang kita bagi lambat susu. Mengamuk dia." Hahah. Ok pandai sister ni buat lawak.
****
1st April 2014. Alhamdulillah pagi tu doctor cakap kami semua dah boleh balik. Tapi ade perkara yang tak best. HB aku reading cuma 5.5. Sangat rendah. Doctor ckp mungkin aku hilang banyak sangat darah merah masa lahirkan both Sumayyah.
Dia check bawah mata aku. Aku buat-buatler muka segar bugar padehal badan ni lemah betul. Dah 3,4 hari dok dalam ward tak berurut, tak berpilis.
Atlast merayu ngan doctor, suh mintak lepas jugak. Tapi doc mintak masukkan ubat utk bagi HB naik balik kt. 2 pain tu. Peh sekse!

Sebelum discharge sempat jumpa dengan Doctor Badrul. Dia tanya mcmana dengan condition aku n dia mintak maaf sbb tak dapat buat sebaik mungkin. Tapi pada aku keputusan dia yang cepat tu yang sikit sebanyak selamatkn nyawa Aqilah. Sempat terima kasih pada dia. 

Alhamdulillah. Allah izinkan aku balik dengan both Sumayyah.

Alhamdulillah. Welcome Home sayang!

Lepas 5hari kuning Sumayyah naik balik, so terpaksa ulang alik Hospital. Lepas discharge dari Hspital aku telan segala macam ubat. Pati haruan, ikan haruan, Cordybelle Collagen, Jus Corduceps, Double Stemcell.
Masa ulang alik Hospital dengan tok mak g check kuning.

Nur Sumayyah Hannan

Nur Sumayyah Aqilah

Tadaaa.. Same tak? Same tak? Haha.

Ni tengah berbual mesra.. Sekarang  dah pandai ketawa.
Hilang sakit beranak. Rasa nak beranak lagi. Haha
Ok Tipu. Tunggu lagi 4tahun.
Tak reti serik orang pompuan ni.


 
Kembar dua jek. Yang tengah tu anak kak ina. 

Alhamdulillah semua dah selamat. 
Sebenarnya semua yang berlaku ada hikmah. Mungkin inilah yang dikatakan nikmat  melahirkan.
Walaupun orang cakap teruknya ko beranak tapi aku tak rasa serik, kalau bagi lagi sekali anak kembar pun aku nak. Nan hadooo.. hahah.. dapat kembar lelaki aku dah boleh tutup kilang weh....wahh..

Nasihat aku pada ibu-ibu yang tengah pregnant banyakkan baca Surah Al-Insyirah (Alam Nashrah) mintak pada Allah supaya bersalin tak terlalu sakit, makan vitamin secukupnya, makan kurma banyak-banyak & minum air zam-zam. Time pregnant minum air putih banyak, Insyallah kulit anak cantik dan bersih nanti sbb aku time pregnant pun sekali jek minum air kelapa tu pun yg bancuh punya. hihi.. 

Bermula perjuangan menjaga si kembar pulak.
Fuhhh.. tu lagi mencabar dari beranak aku rasa, HAhaha. Sebab tu berat aku dari 86kilo sekarang dah jadik 58kilo hajek. Mampu? Ntah sampai bile dapat bertahan. Haha.
Okla nanti sambung entri lain. 
Sumayyah Hannan dah bangun. Nak kena sambung henjut buai pulak. wuwuw.
Ok. Salam. 

13 comments:

Nurul Ain said...

weee..sweetlah ur husband mek :p .. semoga anak2 hang menajdi anak yg sole_^

eyda said...

wah..cm nie ke perasaan beranak..plng best dpt kembar..ape2 pn tahniah..

Nadia Fuzi said...

Setiap org lalui pengalaman yg berbeza.. Anyway,Thanks kawan-kawan. :)

qiqi lala said...

menangis i bace kisah u...ada sedih ada terharu...kelaka pun ada.....anyway tahniah berjaya harungi semuanya...u mmg hebat.....slmt menjaga dan mendidik anak anak yg comel...moga menjadi anak yang solehah.amin. moga u n family bahagia hingga ke syurga.amin.....

tasya said...

Cantiknya akk

nini said...

Alhamdulillah ...comelnye sumayyah...

lott said...

Blogwalking time nervous nk beranak kembar jgk. Now 37w dh jln slow mcm siput. 1st time dgr psl tiub kencing tu. Sebelum ni beranak kat private diorg suruh gi toilet je kencing. Harap boleh refuse yg tu kali ni sbb kene bersalin kat govt. Doakan saya ye. Good job mom!

emma ali said...

Best la citer awk ni...lawak ada, sedih ada...gembira pun ada...syukur, semuanya selamat...mudah2an sy pun dpt merasa pregnant twins

emma ali said...

Alhamdulillah...semuanya selamat, lawak sy bca cite awk..sedih, gembira..sune pun ada..mudah2an sy pun dpt merasa pregnant twins...in shaa allah 😄😄😄

Nadiah Noraini said...

seronoknya kisah akk. alhamdulillah. sampai meleleh airmata kita baca hihi.

Sarah Hanim Haji Abdul Majid said...

Currently pregnant twins. Nk tengok pengalaman orang yang 1st pregnancy twins n ur blog paling best stakat ni. Keep it up. Hehe

Sha said...

alhamdulillah... dh selamat.. sy pula mnghitung hari dh ni..

Nadia Fuzi said...

Salam n thank u semua readers..
Insyallah turn korang semua saya doakan selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Teruskan berjuang mak-mak semua.. hehe ;D