Thursday, June 28, 2012

Hidup ini 24/7.Twentyfourseben..

Assalamualaikum

Dah lame tak hupdate blog. Rase macam heaven gile dapat hupdate.. Hahaha.. Ketawa suka. Motif?
Sebab dapat hupdate blog jek. Kesian makhluk ni krang kasih sayang..hehe..

Semalam  aku pergi kedai *Sulaman* ape kebende nama kedai dia. Tempah baju untuk event TV3 Jom Heboh minggu ni. Aku tempah baju je kot, bukan aku mintak sedekah berguling depan kedai. Mak elahhai, bukan main susah nak senyum. Aku jek yang macam kerang busuk sambil senyum tanya hitu hini. Oh kau seperti tidak menyukai pertanyaan ku sedangkan aku mahu memberi duit ini kepada kau. Aku pun tak faham ape yang dia menyampah sangat buat muka. Aku nak tempah baju je kot? Penat aku senyum, tanya penuh lemah lembut. Belum tengok aku jadi HULK lagi. Ok dah. 
Makin aku ingat makin pulak sentap rase.
Penat gile. Satu hari carik barang sambil main fesbuk. Penat jugak eh main fesbuk. Ingat tak penat.
Lepas tu lepak kejap dekat McD carefour. 
Sambil tengok makhluk lalu lalang.. Macam-macam rupa ye..

Sebenarnya aku ada plan nak pegi vacation dis 29 June till 2 July. Tapi harapan Vacation itu telah tinggal harapan. Haha.. Ayat takleh belah.. Sebab hade jek keje yang menanti. Takkan nak tolak. 
Nanti org tak percaya kita pulak yer..
Tapi aku akan carik jugak satu hari aku nak pergi bercuti. 
Tengok schedule sampai tahun depan aku pulak naik kecut perut. =P
Gile penuh. Hokey Nadia, Kau yang tulis schedule tukan bukan org lain.

Memang betul, kita yang pilih untuk hidup bizi twentyfourseben atau feel freedomm jek memanjang. Tapi kalau ayah ku telah memang mewasiatkan dan kompem meninggalkan sekapal emas atau setalaga minyak petrol sedalam 70 km kedalam tanah xpelah jugak.
Ataupun celik-celik mata dah dapat New Ipad. Seronok gila hidup takpayah nak tempah baju komepni sambil hadap muka budak yang hampeh tadi tu. 
Pada aku selagi tak kena bambu dengan Boss, jadik KULIbatak kena maki twentyfourseben tu pun dah cukup FREEDOM.



buat mcm ni kat tepi laut Mersing. mesti rasa Freedom. =P

Nak benda biasalah Semua kena usaha. Jadik kalau bizi twentyfourseben sebab nak berjaya dalam hidup aku rase takpe kot asalkan jangan tinggal solat & sedekah. kata emak.

Lepas ni Bizi dengan kedai. Kedai aku pun tengah banyak lagi benda nak hupgrade. Nak pasang wallpaper itu ni. Berangan macam-macam Tapi aku sendiri belum pilih wallpaper kaler hape. Banyak nye bende nak pikir. Dahla otak 40 kilobait aje.Gile kecik Memory kau Nadia. heheh..

Sebenarnya minggu ni aku tak jangka pun nak join TV3 untuk Booth Wanita Ispirasiku. Diorg offer Team aku then tengok macam best jek, for bussiness opprtunities dan bende pulak FREE so sangatlah bagus (pantang FREE). 1 July tu malam aku akan jadik Superman versi Malaysia terbang pergi KL sebab besok paginya aku nak kena pergi Taklimat PUNB. dengan report tak siap lagi ni. Taktaulah bila nak siap. Oh rase cam jadual bulan ni Perfect gile. Rase nak humban dalam api pun ade schedule ni. =,='
Tapi takpe. Nadia Boleh!


Yeay! Malaysia Boleh! (tiba-tiba)

Apepon buat keje tak boleh merungut. Aku bukan merungut cuma luahan perasaan jek kat Blog SS ni. (Syok Sendiri)Heheheh.. sebab waimah tulis panjang kedaung manepon takhadenye orang nak baca belog ni.
Tapi aku rase, sejak berhenti keje jadik Eksekutip nih, hidup rase TOTALLY keluar dari comfort Zone. TOTALLY. Serius bai. Tak hadenye orang nak tarah letak duit 3-4 ribu dalam bank lagi dah tetiap bulan. Kalau malas carik job waimahnye ade 2,3 posen jek dalam bank aku. 
Hidup Thrill gile. (cheh ayat nak cam bagus) haha.. Yelah sebab kalau dulu tetiap bulan sedap jek cucuk duit Ting! Baki anda ialah RM 3987 blablabla.. sekarang kau malas baki kau doposen. ATM tu pon tak sudi nak tengok muka kau Nadia. heheh.

Tapi Ayah aku selalu pesan, kalau nak hidup mencabar Bisnes. Kalau nak hidup macam gitu aje, Makan Gaji. Okey, Ayah memang Saiko. Tengkiu Ayah.

Someone said to me.Nak berjaya tak boleh merungut. Memang betul..
Tapi dalam perjalanan yang masih baru aku dah rase jugak macam-macam benda:-

-orang tak bayar hutang? Lumrah manusia.
- Tak tido 48 jam? Itu perkara biasa.
- Duit tinggal cukup-cukup lepas makan? itu turun naik adat berniaga.
- Kawan bisnes tikam belakang? Maklumlah manusia.
-Menangis? Takkan ada org peduli. So cekalkan hati.

Walau ape pun jadi jangan takut untuk laluinya. Sebab semua perkara yang datang akan pergi. Yang pasti cara kita menghadapinya. Bagi kawan-kawan yang baru nak start bisnes, don't afraid. Buat je. Jangan malu walaupun sekadar nak meniaga kacang sambal. Kalau sedap ape salahnya. Yang pasti strategi. Akupun takdelah bagus mane cuma nak kongsi pengalaman aje. 
Nasib dan hidup kita takkan berubah kalau kita sendiri tak mengubahnya.
Kalau nak lakukan sesuatu, Lakukannya dengan HATI dan CEKAL.
Insyallah, berjaya.
Klah, sambung nanti eh.
Bai.
Salam














OSt Layan...

Assalamualaikum..

Blog dah berlapuk.. Nak hupdate entry kejap.. yelah.. inilah die blog SS (Syok Sendiri).. haha.. sukehati ko la..

Kejap. Aku nak hupdate lagu OST cerita Suri - Biar Sampai Ke Bintang..

Lagu ni sangat best. Banyak Makna. Walaupun gua takdelah jiwang mane. tapi hapepon takleh lawan lagu Najwa Latip.. Kosong. Ye lagu tu best..
Rase best pulak aih dapat hupdate blog(tengah tersengih2).. rase nak tepuk jek muka sendiri. excited tak pepasal. Ok hape pon jom layan lagu nih kejap.
Nyanyi ramai.. =P

hehehe.. Jom..

http://www.youtube.com/watch?v=Si5tkSxHIss

dah.kejap lagi aku hupdate lagi..
Bagi senyuman menawan kejap..

=)