Assalamualaikum..
Wah.. Tajuk entri nampak sangat mak dia yang excited.
Alhamdulillah dugaan demi dugaan.
Kadang rasa tak tertanggung dugaan yang datang.
Tapi Janji Allah tu pasti.
Setiap dugaan yang datang tu pasti ada hikmah. Tapi kenalah banyak-banyak sabar.
Alhamdulillah, masa tu 1 week after raya dapat tau pregnant. Masa check tu mcm biasela aku memang tak expect langsung pun. Bila positive aku senyap lagi, bukan excited tapi rasa cam cuak gile.
Bayangkan ari sebelum check tu aku angkat tong air yg 10kilo tu selamber bedek mak jemah je sensorang, Ngan beli beras 5kg 44 kampit tolak troli sendiri buat bagi rumah asnaf n anak yatim.
Dengan angkat ayah paut bwk dia g toilet masa bulan puasa,fuhh.. Risau betul dah angkat berat-berat ni takdepape ke..
Pastu En. Husbend pun tgk aku lepas solat Maghrib tu semacam jep senyap. Sekali tunjuk pergnant test kat dia. Dia ckp ape tu? Peh, memang sah laki aku ni baik budi orgnye pregnant test pon tatau.
Bila ckp pregnant die pun terkezutt kejap muka dia mcm nak nangis gembira sgt (tak nangis pon) terus sujud syukur.
Aku ni ckp gak ngan Haiyat takyah caye sgt pregnant test tu kot2 ade ralat tegar ke. Hehehe. Muka taknak ade harapan. Kalo xde kang hancus berkecai.
Smpai 7btg aku test semua positive, Mak aku siap bising, dari ko test smpai 7 btg dah 70hengget baiklah ko pergi klinik terus. Apekah kesengalan aku? Haha. Aku biar dulu 1 weeks after baru jumpa Dr.Norehan.
Docter ni kawan lama Haiyat so cm senang sikit n selesa dengan dia.
Tapi yang lawaknya malam sebelum pergi buat scan tu konon2la letak2 nama. Tapi kalau dapat kembar letak nama yg mcm tu yg mcm ni. Sumpah. Malam sebelum scan tu mmg saje2 borak ngan en.husbend pasal twin. Tapi mcm berangan jekla. Dapat sorang pun dah kira ok dah. Alhamdulillah.
Guest what? esok pagi Klinik bukak aku dah terpacak kat depan pintu. Haha.
Dr. Norehan senyum jek masa dia dtg aku dh punch card jadik patient die dulu. Haha.
Haiyat die tunggu kat luar sbb aku tgk die nervous lebih dari aku. so aku ckp lek2 takyah masuk.
Masa Doc scan, Dr. Norehan gelak. Aku pelik jugak ke aku syok sendiri tak mengandung tapi pegi buat Ultrasound baby... -________-
Rupanya Dr tu yg excited.
Tetiba dia ckp.
''Youre so lucky Nadia. You pregnant and you got twin!"
Dah 2 bulan dahh.. Alhamdulillah.. Finally after few years u n haiyat. I tumpang gembira.
Aku tercengang-cengang kat atas katil tu. sampai 7,8kali sug Dr scan lagi. Gembira memang la tak terkata. Tapi nasibler Dr tu kawan Haiyat boleh checking byk kali, kalau Dr lain, die dah cas aku lima blas ratos agaknye budak ni banyak nau cekadak. Hahaha. Orang lain mengandok jugak hoi.
1st Ultrasound for twin.
Hye my baby..
:)
Lepas keluar dari klinik Haiyat dh tunggu dlm kereta. Aku nangis, then ckp, Insyallah kalau diizinkan Allah kita bakal dpt twin baby. Haiyat gembira toksah ckpla.
Daripada masuk kereta smpai masuk rumah senyum meleret jek.
***************
1st Trimester.
Not easy. Doctor pesan n orang pun ckp.
Double pain, Double Happiness.
Dia punya morning sickness, muntah tak tau nak keluar ape lagi dah.
Memang betul, tapi Alhamdulillah aku punya semangat kuat. Taknak makan nasik pon aku main sumbat ajek.
Tapi yang paling aku menyirap bila bau ikan. Tgk ikan pon sakit hati.
Mak siang ikan kat singki pun aku sanggup tahan diri dari lalu kat tepi singki semata-mata taknak tgk ikan.
Hahah.. Apelah dosa ikan tu..
Yg lain2 ok, setakat ni xdelah pelik-pelik permintaan bukan2.
*****************
2nd Trimester
Yeay! Alhamdullillah. Dah boleh makan nasik wehhhhhhhhh... Nasikkkkkkkkkk . Nikmat gile tuuuu bila makan nasik dh tak muntah. Tapi yg sedih smpai sekarang aku takleh nak makan jeruk yg asam tu. Tapi lagipun ramai yg ckp jeruk tak bagus untuk otak baby. So aku xdelah kempunan sangat.
Twin memang behave. tapi bila masuk 20weeks Dr cakap satu kepala kat atas , n satu kepala kat bawah.
Suspen jugak. Anak aku ni songsang ke. Selisih weh. Risau. Bila mintak nasihat pakar, diorang ckp tu normal.
Ni masa 20 weeks punya progress.
Dr ckp aku akan susah nak tido malam sbb baby akan pusing. Around 24 weeks kepala dedua mesti dah kat bawah.
Haaa.. memang betol. Bukan takleh tido jek, segala benda memang susah nak buat sbb budak kecik ni dah dpt kaki.
Bila yang sebelah kanan dia pusinng akan ganggu sebelah kiri. Serius senak susah nak tido, Allah jek yg tau. En, Husbend pun tegur aku cm dah tak tido sgt, satu hari kdg 3,4 jam. Sbb susah nak tido baby dah mula pusing dan gerak.
Then masuk 24 weeks bila scan dia dah jadik cmni.
Tadaaa..
Haa,. terer tak kita buat u turn Mummy.
Ha'ah terer sgt Mak ko ni je yg tau acane ko buat u turn. Takpelah nak janji selamat n sehat, sakit pun bahagia.
:)
24 weeks.
So skrg dah ke 28 weeks. Kira kalau susah sgt by week2 ni senang nak masuk 7 bulan la.
In progresss...
:D
Fuh kalau si kembar buat flying kick, seronok jek rasa, Kadang mak die ni terus automatik pergi toilet rase nak terkucil.
Ni masa dok tengah taip tulih blog pun dia main kuis2 kaki secara berjemaah, lepas tu stand kat perut. Kadang buat geli2.
Apekah sebenrnya si kembar sedang lakukan. Tengah borak2 ke hape..
Kadang rasa dah tak tahan sbb senak kuit je lama2 kat tempat dia tendang mesti dia sorok kaki balik. Haha.
Kalau fikir pasal bersalin memang seramla.. sbb kebanyakn org n doctor sendiri pun ckp kandungan yang berisiko. Tapi semua Allah yang tentukan. Kita serahkan pada Allah..
Semoga si kembar membesar dengan sehat dan lahir dengan mudah dan sempurna.
Insyallah. Doakan juga ye kwn2.
Ramai jugak yang tanya, makan ubat ape dapat anak kembar?
Semua bergantung pada rezeki Allah. Yang ptg usaha.
Tapi kalau nak tips2 nantila aku text Next entri plak.
Hahah. Sebab aku dh ngantok. Si kecik dlm perot ni asik main kaki jek buat flying kick berjemaah.
Lagi aku tak tido lagi tula die sebok sama naik tak tido.
Okla.
Nak tido. Jumpa next entri.
Hehe.
Meh tium tomel ni sikit. Hehe.
Bye semua. Salam.