Saturday, July 28, 2012

Fear Factor - Ketakutan kah ?

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al- Mubarak? Puase kah anda?
Bagus.
Nak uji kejujuran diri kita samada kita betul-betul jujur atau tidak (hanya kita dan Allah je yang tau) masa bulan puasa lah. Kita puasa atau tak puasa Allah & kita je yang tahu.
Kata suamiku dalam tazkirah Maghribnya semalam. Peace.

Saja harini ade masa lebih.. (patut tulih dalam Diary catat rekod ada masa lebih selalu BZ benau kau tu.hehe).. tu yang tulis Blog. Kalau tak memang selalu tenung jek kat button New Post ni. Lepas tu buat-buat pandang lain...sebab? Ketakutan-takut tak dapat habihkan tulis post. Simpan dalam Deraf.Lepas 2 tahun baru sambung lagi tulih Belog. Yelah orang ada Beloglah katekan. Haha.. mcm ni orang pun ada ke??

Dah habih mukadimah. Tajuk harini nak cerita sebenarnya pasal FEAR FACTOR.

hahahah!! Ayam pun ada fear factorla.


Actually ni bukan rancangan Fear Factor yang dok telan Teloq Itik 5 Gelen atau makan Ulat Cengkerik bersama Salad ataupun ketakutan dengan Lipas tapi aku nak cerita pasal ketakutan dalam diri kita.

FEAR FACTOR ada banyak.. Tapi this time aku nak sebut pasal Ketakutan atau ada satu perasaan yang menghalang kita dari buat sesuatu atau komited dengan sesuatu. Bukan fear factor yang takut lipas tu.

Aku sebenarnya dah lama nak tulis.. tapi tak berkesempatan. So kali ni aku dengan hati gumbira nak tulis dengan sesukahatiku. haha... (tiba-tiba dia ni... =.=' )

Fear Factor aku sebenarnya mula daripada Zaman Sekolah lagi. Eh korang tau tak dulu aku jarang masuk Acara Sukan Sekolah. Sebab? Aku rasa kalau aku join sukan pelajaran aku terabai. tu sebenarnya adalah salah satu FEAR factor yang tak bagus untuk budak sekolah  (aku je kot..hahaha). Sebab.. eh tak taulah ek nak cakap cmane. macam kalau kita masuk Sukan tu terpaksa pergi latihan, pergi taklimat la sampai kena tinggal kelas, skip kelas(walaupun sangat suka) tapi sebenarnya perasaan tu tak bagus. Pada aku ia memupuk kita kearah seorang yang tak mahukan lebih komitmen.. Penakut dengan Risiko..Penakut dengan sesuatu benda yang tak patut ditakuti. Risiko result periksa fail. Padahal kalau dah belajar takkan fail kot??. Takde kene mengena pun dengan Sukan Sekolah kan? Dah tua baru tahu. Heheh..

Okay teruskan membaca. Membaca jambatan ILMU..

Bila dah dewasa, ketakutan atau FEAR tu terbawa-bawak. Nampak macam benda kecik- Taknak join Ko-Kurikulum (paling anti kalau kena kawad kat Padang Sekolah . Annoying betol)

Mungkin nampak macam takde ape effect. Takut nak join sukan sebab pelajaran terabai tapi sebenarnya Kita dah pupuk diri kita supaya TAKNAK ambil RISIKO.. Yes.. serius. Tak percaya? Cuba Fikir balik.
Bila dewasa, bila something happened pekara yang secara tiba-tiba datang kita tak tahu na handle macam mana.sebab Takut?

Contoh :
CEO suruh buat Volunteer Presentation untuk bentangkan kertas kerja. Dalam Group ada 5 orang. Selalunya dia akan tolak dia. Sebab?
Kita akan terbayang dulu usaha yang kita buat tu akan Gagal.(tapi sebenarnya buat kertas kerja pun belom).
Nanti cakap depan CEO tergagap (tapi sebenarnya belum bercakap pun). Kita takut apa yang kita cadangkan orang akan tolak (tapi sebenarnya belum cadangkan pun).
Kenapa perlu ada rasa macam tu. Tapi perasan tak dalam 5 orang within the group mesti ada seorang yang akan volunteer. Sebab? Dia dapat atasi FEAR didalam dirinya. Tapi malangnya orang akan berkata dia saja nak tunjuk Hebat. Tapi memang dia HEBAT, sebab dia dah buang FEAR FACTOR risiko untuk orang mengata tentang dia. Itu Perkara Biasa.Kurang Faham? senang je..cuba Baca semula ayat tadi... =)

Rasa takut untuk berbuat sesuatu itu dah menghalang kita untuk membuat keputusan lebih jauh. Lebih jauh dari apa yang kita mampu ada dan mampu buat.Seriously.

Macam Orang yang berada di dalam Comfort Zone jugak. Itu adalah untuk orang yang paling banyak Fear Factornya. Rasa takut tak salah sebab itu perkara normal. Ketakutan adalah hak milik setiap insan. 
Eh Iklan Tiba-tiba. heh..
Tapi Rasa TAKUT yang berlebihan itu yang tidak normal. Kadang- kadang that FEAR tu dicipta oleh Rangakaian OTAK kita sendiri.. Sebelum kita buat apa-apa kita dah imagine macam-macam. Contoh yang simple:- 


Mentol dekat rumah rosak, so nak kena ganti baru. Bila nak ganti tapi TAKUT kena karen(elektrik) padahal suis dah OFF. nak kata bukan suis aje, Main Box tu pon dia kasik OFF. Tapi still rasa takut.

Orang yang kerja Office dengan Orang buat Bisnes. Mentaliti mereka agak berbeza. Orang bisnes ni dia punya Fear factor agak jauh menjunam kebawah drafnya berbanding yang dah biasa makan gaji. Kadangkala kalau kita tanya dia apa risiko kalau dia buat bisnes tu? Sometime diorang akan jawab- Risiko memanglah ade.ALAH APE NAK TAKOTT?!! Kereta tak bayar 2bulan pun muka dia rilek boleh ketawa. Itu perkara biasa.. heheh..


EH manakau tau Nadia?? Sebab aku sendiri alami. I'm talking from my experiences. 
Bila bisnes kita keluar dari Kepompong Comfort Zone. Macam Ulat jadik Rama-rama. No one will taking care of you except ALLAH... 
Even KWSP atau Socso. Pandai sendiri lah nak daftar kan?
Pada aku kebanyakan rasa takut orang sekarang ni terlalu berlebihan, selalu imagine yang lebih -lebih sebelum buat. Fikir yang negatif-negatif dulu. Kita terlalu rasa terhantu dengan MOMOKAN orang lain yang  kita sendiri tak tau dari mana FAKTA yang dia dapat dan tiba-tiba kita rasa takut.
Itu Fear Factor diri sendiri jangan salahkan orang lain.

Dan akhir sekali Ketakutan dibawah ini yang paling PARAH..

Ada jugak Fear Factor nak buat baik TAKUT.
Nak buat baik pun takut?
Contoh:- (sekarang semua nak kena bagi contoh, rakyat Malaysia ni manja pemikiran. heheh..jgn marah)

Anda berdiri Kat tempat kaki lima yang sangat bersih lepas tu tiba-tiba ada sehelai tisu terbang tepi kaki. Mesti buat-buat tak nampak. Alamak malu nak kutip sampah ni. dah pakai lawaw-lawaw ni ape barang kutip tisu. Ape pulak ORANG KATA.


One thing,Kita tak boleh buat semua orang sukakan diri kita. You hate me? 
Just say Thank you to them.. and Let that Fear go  =)

Itu ketakutan sebenarnya. Perkara yang nampak kecil tapi menjadi barah. Ketakutakan dengan apa yang orang kata tentang diri Kita.

Kau orang ada FEAR FACTOR? Aku pun ada. Tapi baikkah untuk diri kita? Jangan takut dengan diri sendiri.

OKey.

Selamat Berbuka kawan-kawan. =)

Thursday, July 12, 2012

10 perkara paling Hampeh..

 Assalamualaikum...

Saje nak update kejap sementara nak menunggu suami tercinta pulang main Futsal sambil menAnti untuk makan Sate bersama-sama.. Maka bertambah la Lemak di Badan bersama Kemalasan yang tiada taranya..Mak aih.. Ayat kamuihh dewan bahase pustaka habih.
Tengah boring2 siapkan order ngan buat preparation event minggu ni, terase plak nak hupdate Belog.. Yelah..Orang ade Blog la katekan..

Aku saje nak hupdate pasal 10 perkara paling Hampeh penah aku buat..
Alah.. asik SERIUSS je kali ni kita joke-joke la sikit ye x? Nak serius pegi tengok Nona la.. Wahah..(dtg hangin tak betul si Nadia)..
Bila ingat balik, berdekah pon ade...Rase nak lempang diri sendiri pun hade..
Walaupun sebenarnye bukan 10 kali tapi sebenarnya berjuta kali benda Hampeh itu pernaah terjadi, tapi aku aku tulis 10 dah la eh.... (alasan lebih KUKUH kerana malasss...) .. =,='


HAI! =D

1. Tengah bawak kereta dan berhenti tiba-tiba sebab nampak Cicak kat Seat sebelah driver. Walaupun kat tengah Highway, lepas tu bagi Double Signal. Ok jangan tiru aksi ini...

2. Buat-buat cakap dengan talipon sebab tak nak bercakap dengan orang yang tak disukai lalu depan kita. Lepas tu tibe-tibe Henpon berbunyi dan kemudian Kantoi... =P

3. Bawak kete keluar simpang tak tengok kiri-kanan sebab nak cepat lepas tu tiba-tiba kene HON dengan kete blakang. Sebab dah gelabah dan malu maka tiba-tiba bg lampu double Signal.. (salah guna lampu double signal lagi.. )

4. Jatuh depan cashier Pasaraya.. =,=' Lalala..

5. Aku memang selalu makan kat kedai sensorang. FOREVERALONE lah katekan. Tiba-tiba terjatuhkan gelas dan kemudian berteraburlah ais. Nasib baik ada kucing kat sebelah untuk di persalahkan hal itu.

6. Belok simpang kiri sedangkan dah bertahun-tahun tau nak balik rumah kena belok simpang kanan. Lepas tu habiskan minyak kereta untuk U turn 3 km lagi. Yeay!

7. Dah lambat &  rushing nak keluar rumah lepas tu Dah kunci pintu pagar 4 lapis, pintu grill 7 lapis baru teringat Kunci Kereta tertinggal kat dalam rumah. Perfect!!

8. On TV guna Hendpon . Pastu marah kenapa TV tak ON .. bagi peLempang jek bagus kat dia ni..mcm orang sengal.. hahaha..

9. Bawak LapTOP ke hulu ke hilir time outstation, Lepas tu nak guna Charger dengan Bateri tinggal kar rumah. Memang TIP TOP lah!Bersabarlah sayang walaupun rasa nak baling laptop tu tingkat 37..(tak boleh tinggi lagi?) hahaah.. B)

10. Pakai kasut sebelah lain-sebelah lain. nak pergi jumpa Costumer. OKey.. =D

Dahla tu. Tak payah nak gelakkan aku lebih2,.. walaupun ade lagi 15 juta keSengalan hal-hal lain yang tak dapat dirungkai tapi Otak ku ini tetap bergerak pantas dalam hal ehwal Duit.. hhaha.. (xnak kalah)..

Oklah.. Nak sambung buat labels Minnie Mouse Polkadot Pinky2 Tomey2.. haha..

Dah penat merepek. Bai. Salam..

=D.. hehe..




Monday, April 9, 2012

Sang Pencinta Kucing.. Part 2

Assalamualaikum.........

Blog sape yang bersawang mcm kat umah usang ni? Haaaaaaaaaaaaaaaa... bersawang pon bersawangla.. boleh vacumm.. hahaha.. Rindunye nak tulis beloh.. Oh sangat rindu.. walaupun keje melambak tak siap lagi, tapi sebab dah rindu menggatal nak menulis belog gebang ni nak jugak bukak..haha..

So meh kita sambung cite Sang Pencinta Kucing PArt 2.. (mcmla ade org nak follow ko PArt bagai) haha,,
Last part aku ade ckp aku tgh carik kucing yg sesuai dengan jiwa aku.. ( sesuai jiwa bagai pulak) ..
So, ini ialah hadiah daripada encik husben aku.. Bukan kucing parsi, siam, thailand ke pon.. kucing biase jek tapi pada aku mereka ini sangatlah pandai..

Aku dah dpt 3 ekor n pejam celik dah nak dekat sebulan dah aku bela 3 ekor ni. Hamek bukan sekor -2 ekor tapi 3 ekor en husben bg. haha,, cucila berak die. Padan Muka nak kucing sangat... T______T

Ala tapi aku x kesah sgt pon.. sbb aku dah ajar die buang ayaq besaq jauh2.. dan setakat 3 minggu ni mereka semua sgt menurut perintah..
Jeng3..surprise.. This is GEMOK, UBAN & HITAM..



Actually husben aku kutip kucing ni & bela kat tempat keje dia. (sorry aku takdapat bayangkan mcmane die bela kucing ni.. n dia bwk balik jek kat umah aku tgk kucing ni dah besar sket)

Mereka ni sangat pandai & sebulan aku bela aku dah faham perangai diorang ni:



Gemok ==> KUAT! Sangat kuat makan, jenis tak kesah, asalkeboleh hape semua die redah..paling manja & paham bahase....dan paling Kuat bantai kucing sebelah.. haha
ini GEMOK!

Tengok tu si GEMOK kalau sehari tak buli adik tak bole.. pegi Hempap member tu.. haha..

Uban ( yang tengah2) ==> sangat penyegan, tak suke org pegang dia sgt, lembik, tak suka kongsi makan, ego yang tinggi , die tak suke meleset kat orang... kadang-kadang aku menyirap dengan perangai cerewet die 2.. tapi die suke buat suprise..janganla tido kat TV. Kompem ibu jari kaki kene geget. Toyol jadian betol! Hahaha..

ini UBAN!! (sebok jek member blakang tu!! )


Hitam==> paling kecik & the only girl.. haha.. selalu Malu-malu kuceng.. selalu jalan melenggang suke lepak umah sebelah (walaupun jiran sebelah asik baling dgn penyapu, tapi dia x putus asa..haha) paling komeng, palin kuat minum susu,, gembing..suke perhatikan abg die main, paling susah nak dengar sore & paling kecik sekali even diorg semua sebaya.. dan aku paling x suke die berkawan dengan kucing jantan penyamun tu.. haha.. kucing tu selalu carik gadoh dgn Gemok! menyirap!
I called her Miss Silence.. hehehe..

si MINAH LENGGANG HITAM...


Sayang.. =) Lain kan bila ada kucing.. RAse cam x sunyi.. walaupun tinggal sorang2 tapi bila ada kucing xdela rase sunyi n tak bape takut sgt.. Lagila bile si Gemok gedik tu ajak berbual,, haha,,

Okeyla.. jap lagi nak hupdate pasal product baru & Candy Buffet yg latest pulak.. Yelah mcm rajin sgtla kau tu Nadia.. haha.. aku malas sebenarnye,, =( sbb ade banyak sgt order ni.. Kalau smpt kang aku hupdate eh.. okey tata..

Wsalam..



Friday, March 2, 2012

Sang Pencinta Kucing..

Assalamualaikum...


Chewahh.. Tajuk jalan cerita boleh buat tajuk drama slot Samarenda pukul 9.30 malam. Agak-agak habes cite 'Dingin Lavendar" boleh ganti cerita aku x? Hahaha.. sudah-sudah la berangan...
Actually malam ni saje nak story pasal kucing. KUCING.. Meoww.. hehehe..

Kalau ajak aku cerita pasal kucing sampai esok pagi pun aku sanggup.. Haha.. LAgila kalau jumpe geng-geng yang sangatttttttt sayang kucing.. MAcam mak aku, Mak cik aku Cik Normah, Cik Joy, Mak mertua aku, dan yang agak boleh tahan Macho dalam hati ade taman tu Husband aku pun sama.. Haha.. Tgk jek camtu tapi sayang giler kat kucing..

Aku nak story pasal kucing-kucing yang pernah aku bela dan sejarah cerita kenapa aku dah tak bela kucing n tapi sampai detik tadi aku rase aku nak bela kucing balik........ Huhuhhhh...
Jom kita tengok muka makhluk yang buat hati yang sedang gundah gulana ni tenang ...~~



tengok tu.waaaaaaaaaaaaa..... kalau buat muka cmni kompem aku bawak balik bwk tido skali..



Kucing pertama aku bela masa darjah 5.. Aku ingat lagi warna dia n Kerenah dia sampai sekarang.. Aku rase dah lebih 15 tahun tapi aku still tak boleh lupe.. Huuuuuu.. Bile story jek mesti rase nak meleleh air mata..
Nama dia Comot... (dah kire nama habes glamour la tu..hehe).
This cat aku tak rase dia kucing sebab time aku sakit hati dengan orang aku mesti cakap dengan dia. Sumtime abg aku yang suke carik pasal aku akan mengadu dengan Comot dulu lepas tu baru cakap dengan MAk. Haha.. Gile penting Comot tu dulu.. Sayangnye aku kat die , balik sekolah Agama pukul 6ptg mesti aku cabut naik basikal, kepala hotak ingat Comot dulu.. Makan tu nanti...
Nak di jadikan citer, Comot bunting n lepas tak lame tu dapat anak dalam 4 ekor.. Haha.. Aku punye suke, malam siang , segala pukul kat Jam tu keje nak menegok anak Kucing kengkadang mak haku pun naik Hangin..
Satu hari ni, balik jek sekolah Agama kepale hotak xde lain dah.. nak menengok si Comot..
Tapi kali ni aku balik jek sekolah aku tengok MAk aku nanges kat depan pintu dapur. Dalam jantung ni nak tercabut jatuh ke simen dah ni. Jap gi mak aku cakap..

"Kakak, Comot dah mati. Leher die kene jerut dengan tali Pinggang.. Si Polan ni yang jerut leher dia... Mak dah amek tadi kat depan rumah dia.. Akak jangan tengok.. "

Aku dah macam batu belah batu bertangkup kat depan pintu dapur tu muke tercengang tak tau ape perasaan aku time tu.. Eh memang tak boleh nak ckpla punyelah sedih.. Seminggu aku nanges.. Boleh suke2 kejap jek lepas tu nanti teringat jek aku nanges.. Sumpah aku memang xleh nak maafkan 'Makhluk" yang bunuh kucing aku tu sampai sekarang...even dah lebih 15 tahun.. =(

same macam COMOT.... wawawa.. ;(

Lepas Comot mati aku bukan nanges takat tu jek.. Comot ada tinggalkan anak kecik 4 ekor.. Itulah yang buat hati aku lagi sedih.. Hari-hari bagi anak Comot minum susu pakai kapas.. tapi kucing dia hisap susu bukan sehari sekali.. setiap masa dia nak.. lagila baru 4-5 hari lahir.. Lepas sekor then sekor mati.. Tu yang buat aku sedih sangat.. Kesan tu sampai sekarang aku masih rase.. Dasyat jugak penangan kasih seekor kucing ni.. huuuuuu...


Then Lepas tu aku pujuk diri aku... Aku bawak balik 2 ekor anak kucing.. Time tu Mak aku punyela bising.. hehe.. Aku ni jenis degil.. Hahaha.. Kalau aku nak bela aku tak kira.. sebab aku tau nanti lame-lame mak aku mesti sayang punyela kat kucing aku ni.. Kucing ni paling lama dengan Family aku n Baka dia ada smpai sekarang even kucing ni dah xde lagi..
Aku bawak balik "Merah" & "Oren"

"Oren"  adik kepada "Merah" hidup tak lama sebab sakit then Merah la yang paling kita orang sayang sebab... Sebab dia kucing paling reti Bahase penah kitaorang bela..Dia ni ko cakap jek, mesti dia tengok muka ko lame-lame.. Lagila kalo dia mintak ko makan lepas tu ko tak bagi.. Pastu ko buat dang jek pegi naik atas tinggalkan dia kat dapur.. Mesti die tenung ko sampai ko ni hilang dari pandangan dia.. Tak cukup lagi tu.. Hahaha.. Nanti die pegi kat bilik ko pastu die tengok jek muke ko sampai ko rase menyirap pastu terpakse bangun dpd katil pegi ramas nasik dengan ikan goreng utk die.. Baru die tak Saiko ko dah.. Hahahaha.. Dasyat kann...hahaha

Si Merah ni palinggg pandai.. Mak aku dah tau dah, kalau setakat letak Ikan Goreng tutup dengan tudung Saji tu sekali senyum jek die boleh bukak.. Mak aku try test letak dalam Oven.. Terer tak dia boleh tarik Oven tu pastu bukak..Sumpah Aku tak tipu,.. Haha.. Korang tau x Merah ni tak Bodo.. dia ni mcm aku ckp paling Pandai.. Die ajak lagi sekor Geng die si Kenit lepas tu Kucing ni tukang Standby kat Pintu tengok2 ade orang tak nk dtg.. Sekali Mak aku sampai si Kenit dulu kene hayun dengan penyapu.. si Merah ko ingat die nak tayang muke kat Oven lagi? Sekali die dah lesap dulu dah..
Mak aku punye menyirap..tapi mak aku tergelak lepas tu geleng kepala sebab belum penah jumpe Kucing yang pandai camtu..

Aku rasa 4 tahun jugak  Merah dengan kitaorang..Anak dia banyak n baka dia sume kucing pandai-pandai.. Tapi masa dia nak mati tu dia selalu main jauh2.. Time tu aku dah sekolah Asrama.. Mak aku cakap Merah mati sebab makan racun sebab Mak aku jumpa dia kat tepi longkang belakang rumah.. Xsure sape yang racun kucing aku tu.. Kat Asrama la aku menanges macm mati anak.. Sedih gila beb..

MERAH..

Aku memang sayang kucing tapi sebab aku terlalu sayang la aku tak nak bela kucing sebab aku takut sedih kalau hilang sesuatu.. Bukan sebab aku tak boleh terima kenyataan tapi aku tak sanggup kehilangan.. Kucing ni lain dari binatang lain.. dia kadang- kadang buat kita rasa tenang, menanges sama.. dengar masalah walaupun tak dapat selesaikan masalah..buat kita happy dengan karenah dia..

Tapi sejak pukul 8 tadi aku makan dekat mamak Masai dengan Husband aku ada sekor Kucing hitam dtg dekat kaki aku tengok jek muka aku.. Bila aku bagi Ayam dia tengok jek muka aku.. Aku memang tak boleh tengok renungan mata kucing ni..aku rase sedih..Aku ingat nak ambik dia tapi dia ada "Geng" so tak sampai hati nak pisahkan..
Husband aku tengok muka aku dia dah tau.. 
Dia cakap.. " Syg nak bela kucing ambik la sekor buat kawan... Jangan tahan-tahan hati tu lagi".....Owh... Hati aku tersentap dengar.. 

So dalam kepala hotak aku sekarang ni aku nak carik sekor kucing untuk "Kawan" aku... Tapi kucing ni selalu kalau yang aku amek die ade Chemistry dengan aku..macam Merah.. 
So sekarang bermule la.. Pencarian aku mencari seekor kucing.. 








Okla.. nanti dah jumpe sekor aku post lagi eh..
Doa-doa la aku dapat sekor dua yang baik.. =) hEHEHE...

Meowwwwww... Bye..
Salam..

Monday, February 27, 2012

Majlis Pernikahan & Persandingan Lisa Surihani & Yusry

Hi guys..

Entry pagi-pagi buta ni saje nak post pasal one of my faveret 'Kakak'.. haha.. Perasaan betol. Actually aku sangat minat dengan Lisa Surihani dari dulu lagi. Kire cm Idol jugak. (cuma dah cuba nak kurus macam dia tapi GAGAL! )

Bila dengar dia nak kawin dengan Yusry, aku pulak yang berasa xsabar nak tengok diorang punya Majlis.
Dah terbayang majlis yang nice-nice simple-dengan color yang pastel and sesuai dengan character bride ni..ala-ala Fairy tale.. hehe :)
Bak kata beberapa orang kawan aku..

Apabila lelaki yang berjaya, hensem dan baik serta ramai peminat sperti Yusry memilih wanita yang cantik, bijak, pandai dan tak bimbo mcm Lisa, dunia ni masih mempunyai sinar harapan dan pilihan bijak.
Apabila wanita berjaya, cantik dan ramai peminat lelaki seperti Lisa memilih Yusry lelaki yang berjaya , bekerja keras selalu ada rasa nak memajukan diri serta berpoket tebal seperti Yusry, dunia ini dirasakan masih berputar dengan Normal..


haha.. Ok su. Aku suka ayat ko. dan kawan-kawan ku boleh teruskan pencarian sebab dunia ini masih Normal berputar. Masih ramai lelaki yang berkualiti di luar sana untuk anda.

Ok. Jom tengok Gambar Pernikahan dan Persandingan Lisa & Yusry.
Credit to Photographer rasmi mereka yang power-power.. Gambar memang awsome! =)
































Doa untuk diorang semoga kekal hingga akhir hayat dan bahagia duni akhirat. Amin.. =)



Tuesday, February 21, 2012

Printed Paper Bag

Assalamualaikum..

Okeh. Semalam ajek sedih.. Harini dah tak sedih lagi.. =)
Dah suke... hehehe..

Dah lame nak post mende ni tapi lupela..

Ok.. Aku sekarang ade jual printed paper bag yang warna putih ni.. Ini memang sangat banyak dapat tempahan... sampai kedai Cina supplier tu pon perli aku cakap, Pokok kat Malaysia ni dah abes dah nak buat Kertas Bag tu..haahaha.. Nampak beno menipunye...
Harga memang sangat berpatutan. Nak tau sila kol atau contact aku. 019-7481004 atau boleh jenguk ke facebook - Moon's Homemade Chocolate & Bakery


Design boleh pilih. Printed colour tau! =)


Ada siap reben and labels..


ada banyak design lagi..

So.. Jom.. selagi stock ada.. Harga memang berpatutan..
Ape-ape boleh call aku.. 019 7481004.. =)

okla.. Nak pegi delivery bunga jap ni kat UTM, Skudai..

Ok tengs... Bye.. salam..

Monday, February 20, 2012

Jangan berSedih..

Assalamualaikum,.

harini? rasa sedih.. sebab? Xtau..
Mungkin perkara pelik berlaku..atau.....cuma Allah SWT je yang tau..

Tiba-tiba rasa cam sedih yang amat. Besok lusa okla kot.
Xpela nak take time untuk diri sendiri.
Tengah pikir sape la yang dok naye aku ni.. =(
Allah SWT lebih mengetahui.


Allah berfirman: 
“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung ” – Surah Az-Zumaar, ayat 10
“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46
“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal.  Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ Surah An-Nahl,Ayat 96

Ya Allah, aku berlindung pada Mu dari gangguan Syaitan yang di rejam.
Allah SWT yang menguasai kerajaan langit dan bumi. Dan tidak ada bagiku selain Allah SWT, sebagai pelindung dan penolongku.
 La Tahzan Nadia.. Jangan Bersedih....


Salam..