Friday, August 3, 2012

Semua nak DIY...

Assalamualaikum.

Selamat pagi Jumaat. Salam Ramadhan ke 15.
Mudah-mudahan apa yang kita lakukan harini diberkati Allah.
Tadi Aku tidur pukul 2 pagi. bangun pukul 5pagi.. Sahur.
memang Menu aku tidor hari-hari camtu. 3jam sehari.

Tajuk amboih. Bukan main lagi.
DIY tu ape. Do It Yourself. Aku ni memang penyakit sikit. Semua nak buat sendiri. Haha.
Husband aku sampai kata, sejuta orang macam aku ni kilang tutup. Bahaye. Haha. Tapi aku takdelah sampai tahap Kasut dengan Handbag pun nak buat sendiri. Extreme sangat tu. Tak mampu. Haha..
Benda yang boleh DIY, buat ape nak beli.
Perempuan ni jimat cermat, Lelaki kena faham Konsep tu. (Ayat nak Yelah tu kan kau Nadia.haha)

Harini rancang nak pergi Jakel & Nagoya. Survey kain langsir dengan Munirah.(nak survey lagi, beli ajeklah!) Tu pun kalau SALE ade lagi. sebab memang selalu timing aku pergi Sale dah habis.Haih, macam biaselah aku ni. Orang dah gantung langsir aku baru sebok nak menjahit. Heheh.. Bziest Woman mane sempat. Ini kira dah azab sangat langsir rumah aku ni. Verangan nak langsir ala Vintage tahun ni. Berangan...

Langsir DIY. heheh..

Oleh kerana kecerewetan aku terhadap decoration rumah, langsir haku tak pernah beli ready made. Bz cmane sebok nak menjahit. Mesin jahit haku this week mesti sakit hati 5 hari straight ni aku tekan dia kaw-kaw. Haha..(macamla mesin jahit ade perasan. =P)

Encik Husband dah 2 hari demam. Berjangkit aku kot. Last week aku demam teruk. Pembawa wabak betul. Takpelah sakit penghapus dosa. Allah sayang kita lagi kan? CEpat sembuh ye sayang..=)

Raya tahun ni raya ke4 dah ada kat rumah. Nak siapkan hantaran costumer sampai ler hujung bulan lapan. Bulan 9 dah fully book Candy Buffet. Yeay bestnye! Bermula lah episode hidup bersama Gula-gula & Bunga. Saya suka! Tahun ni Open house takde. Nak datang rumah talipon jek. (macamlah pernah buat open house. =P)

Semalam dengan Munirah pergi beli tool gabus segala bagai.
Sebab nak buat projek DIY. haha. Dah nama 2 orang ni keje memang nak sep duit. Projek Frame buat sendiri nak gantung kat kedai. bila tengok2 semula dah siap eh lawaw pulak. Selamat duit haku beratus-ratus nak beli berpuloh frame.heheh.


lawow tak? =)


Next week nak kena pergi KL ada interview, Last stage dengan PUNB. Tengoklah ape nasib. Malas nak komen lebih. Manelah tau diorang nak bagi satu juta ke. Ke jeklah kau. Jangan mimpi. Doa banyakbanyak. Insyallah. Doakan ye kawan-kawan. =)

Oklah, nak mengemas rumah kejap. Harini mak,abg & kakak ipar aku nak datang. Rumah nak kena kemas sikit. Bukan ape selalu rumah ni kemas banyak. Heheh..
Ni tengah tunggu lori Kitar Semula. Rumah dah mcm tempat pelupusan sampah.wahah. banyak sangat barang nak kene kitar semula. so lepas ni Clean & Clear.

Oklah kawan . Selamat berpuasa.
Harini hari Jumaat. esok Sabtu. Jangan masam-masam. Senyum sikit sebab esok cuti.

Heheh.

Salam.