Monday, February 13, 2012

Murid-murid sebut betul-betul...DENG.KI. = DENGKI..


Salam.

Fuh.. Tajuk entri panas bebagai bak air masin yang terkena luka di kaki. Fuh.. melepuh weh. Mau tersagat pelok bantal menahan sakit. Pang!!Pang!!
Okey dah tersedar dari merapu.Kembali ke alam nyata.

Saje nak update Belog cerita sikit pasal Hasad Dengki. Eh Dengki dengan Jealous lain eh. Dengki ni die agak Kronik sket. Kalau setakat cemburu tu xde mende sangat tapi kalau Dengki tu susah banyak bukan sikit. Kalau yang kepale hotak penDENGKI tu hukum die basuh Otak dengan Klorok. Bagi hilang sikit daki-daki hitam..Mesti korang nak kate : "Alah, ape nak heran.. semua orang tau kes Dengki ni. Biasela tu"

"BIASe LA TUUUUUUUUUUUUUUUUU....."

DENGKI tu biasa eah??
Biasa ke?
Owwhh Biasa..

NO! Aku tak biasa.

Bukan ape..kadang-kadang aku tak faham dengan Masyarakat kita. Selalu cakap benda yang salah tu BIASA.. Nampak macam simple thing jek benda yang salah kalau kita tegur kat tV: Orang bunuh orang sebab Dengki - Eh Biasela.. Tapi sebenarnya benda tu bukan benda Biasa.

..........................
Dengki ni ape yang aku tengok-renung- fikir ade banyak jenis.
Hape ingat Kuih jek ade banyak jenis?
Dengki pon ade jugak. Meh aku cite sikit.

sebelum tu meh kite tengok muka orang dengki...




mule la 2 kang carik jalan len..

Dengki ialah salah satu Penyakit Hati yang sangat merbahaye ye kawan-kawan. Tak mo dengki..
Sebut pasal Dengki- aku nak sebut beberapa jenis dengki ni dan kalau tak paham jugak aku siap bagi Contoh. Yelah, cakap kias-kias tak paham, meh bagi Contoh, tapi dah bg contoh ni jangan buat pulak. Kang jadik Mentor pulak aku.. wakaka

Kategori DENGKI pertama jatuh kepada
Manusia yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Kalau lebih sikit jek mule carik jalan nak melenyap kelebihan manusia lain. Mulela buat cerita fitnah sane sinun. Ini manusia memang sangat merbahaye ye kawan-kawan. 

Contoh eh : Si A ni dpt naik pangkat, Si B ni nak jugak naik pangkat tapi pulak keje suke mengular, asal pukul pagi jek Mengeteh,asal pukul  tengah jek tid0 dalam Store , Pukul petang jek mengular suruh orang lain Punch Card. Ntah bile mase keje,eh pastu tak dapat naik pangkat. Mulela jumpe BOMOH Siam. Puh! Pah! Puh! Pah! Kang si A dah sakit maka tak boleh keje. Maka Bergumbiralah wahai Syaitan sekalian. Manusia? Dapat Dosa.

Kategori DENGKI kedua jatuh kepada 


Manusia yang agak same dengan Kategori pertama tapi die nih lagi Dahsyat. Dia dah jatuhkan orang lain lepas tu die ambik ape yang org yang didengki tu ade. Hah ini jenis manusia bagus tolak tingkat 18 kalau jumpe. Bukan jek ade penyakit DENGKI tapi disusuli pula penyakit Tikam Belakang. Complete! Kalau main game Boleh masuk last Stage = Stage kene balun dalam Kubur.

Nak Contoh? Meh ade contoh yang sedap sikit :-
Si Tepah (bukan rupa sebenar) ni meniaga kemain maju lagi, maklumler kat Kampung tu die sorang ade meniage kain Samarenda Me Amour. Tapi si Selemah (bukan nama sebenar) ni meniage kain Pesen lame-lame. Orang kampung sekarang dah maju nak jugek pakai kain ala-ala Rosalinda pakai. Jadik si Selemah ni berbaik la dengan si Tepah bukan main. Si Tepah ni xdelah pikir mende len. Ingat nak tengok jugak same-same Bangsa maju. Tapi si Selemah ni pandai.Dalam die baik2 tuu dDie pukul canang cakap si Tepah ni jual kain mahal, Low Quality, Beli pakai Bundle, Takdak Kelass..Dalam mase yang same die pon menjual jugak. Dahler fitnah pastu pegi pulak hantar Si Tepah Santau Merasuk. 

Peh, Dasat ek orang camni?? Dah si Tepah sakit, kadang boleh bawak mati. Sok ko mintak hampun la Selemah kat Padang Mahsyar. Bawak sekali kain Samarenda ko tu. Dahler Jahat, Jahat pulak tu. Ini ke yang orang kate "BIASE la tuu" eh? Eh terase? Tak ni contoh ajekk.. Selagi ade napas, sempat Taubat tu,bukan Taubuat.

Bahaye penyakit Hati.. HAsad Dengki.. Mintak elak.. Kalau kita cemburu dengan orang lain sebab orang tu berjaya, cuba jadikan dia Mentor. Bukan menjatuhkan orang lain. Jangan mundurkan diri dengan perbuatan yang tak bermoral macam tu.

Aku cakap bukan lah aku ni Perfect. Aku pun manusia, kadang terdetik jugak.. Manusia dan hasad dengki memang ada sebab itu lumrah manusia tapi perbuatan hasad dengki tu bukan benda yang kita boleh anggap Biasa dan jangan biasakan. Terpulang bagaimana cara kita mengawalnya. Kene Istighfar banyak-banyak. Fikir hidup sangat singkat. Ntah esok lusa boleh mati.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

Zaman makin maju. Sepatutnya minda pun makin maju. Bangga lihat Bangsa sendiri berjaya dan sama-sama berjaya. Bukan menjatuhkan satu sama lain- hasad dengki. 
Iri hati tu boleh tapi dari sudut yang Positif. Orang lain boleh berjaya , aku pun boleh. Tapi bukan HASAD DENGKI.
Kita hidup memang berkongsi:- Berkongsi udara yang sama-tanah bumi yang sama. Kalaula ade yang rase die tak berkongsi sebab dia duduk kat Planet Marikh tu aku tak taula.
Yakinlah Dengan Keadilan Allah SWT.
Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semua ni memerlukan antara satu sama lain. Okeyla, yang baik dtg dari Allah SWT yang buruk dari diri aku sendri.




Salam.




No comments: