Tuesday, July 12, 2011

Menghina lagu Negaraku...

Readers,

Kalau k0rang nak tau Aku sayang Malaysia, last nyanyi lagu Negaraku bulan lepas mase mak aku dapat Anugerah Hari Ibu.. hehehe... Semangat weh.. Rase nak nanges pon ade sebab sayang Malaysia. *Tibe2 emosi.. dah2..** Walaupun aku ni xj0in p0litik sgt dan kadang2 marah jugak kerajaan sebab bill karen rumah aku dah naik atau marah sebab korang buat demonstrasi menyusahkan orang ramai atau marah sebab orang Melayu kita ni asyik nak bergaduh jek... Tapi aku tetap sayang saudara sebangsa aku dan seagama aku.. Biasela Weh, wadah perjuangan masing2 lain2 cara tapi manade rakyat Malaysia yg nak negara dia huru-hara... Tapi xdelah smpai membenci saudara sebangsa dan seagama...Cume ade segelintir seperti makhluk di bawah ni jek yg tak reti bersyukur.. Gua rase nak panggil Mael Lambung jek kasik Lambung ini budak!

Adelah si hayun yg rosakkan lagu Negaraku ini..:::-



Adelah berita keluar pulak pasal si HAyun neh...:-

Bharian online 
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.
"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. 
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

Sementara itu, Dr Yahaya berkata simposium tahunan itu disertai lebih 500 peserta termasuk dari luar negara seperti Timur Tengah, Eropah dan negara ASEAN.
- BERNAMA 



**********************************************************************************

Xnak duduk Malaysia pegi duduk kat Kutub Utara sanela woi..Sukehati ko nak nyanyi mcm tu.. Eh, Beruang tu p0n Menyampahla dengan muka k0...
Die pon Rase nak benamkan jek ko dalam ais laut tu bg k0 beku jadik xpayah bercakap lagi.. Hidup kalau suke mempersenda org lebih baik xpayah jadik org. Jadik Peti ais ke, TV50" Fulll HD ke, PS Box , Hendpon Samsung Galaxy ke ade gak pekdahnye.... *Perumpamaan xtahan*.. kakak...

Dah nak kuar jap..bg cool down * Kakak dah marah* Kang sambung tulis lagi... 

Bye. Salam..



 

3 comments:

Anonymous said...

bagus nad...+_+

hida izzati said...

sedih sgt bila baca pelajar yg menghina negara sendiri.die dpt mkn minum tempat tinggal dimana je selama ni =(

cpahniza said...

klu xska najib pon jgnla smpai hina lgu kita...sengal meh~